Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gi.lan] | ڤڠݢيلن

Definisi : 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajak­an, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran ter­perinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antara-bangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gi.lan] | ڤڠݢيلن

Definisi : 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Internet telephonytelefoni InternetTeknologi MaklumatTiadaSet perkakasan dan perisian yang digunakan untuk melakukan panggilan atau faks ke serata dunia dengan menggunakan rangkaian Internet sebagai ganti talian telefon. Ia lebih murah berbanding dengan talian telefon biasa kerana melibatkan panggilan tempatan dan bukan panggilan antarabangsa. Contohnya, panggilan ke Australia cuma RM0.29 seminit melalui telefoni Internet berbanding dengan panggilan telefon biasa yang berharga RM0.90 seminit melalui talian telefon biasa. Walau bagaimanapun, kualiti panggilannya lebih rendah. Sistem telefoni Internet terdiri daripada komponen berikut : a)peranti akhir seperti telefon biasa, komputer multimedia atau terminal khusus b) get laluan untuk menterjemah data audio kepada digital dan sebaliknya danc)proksi yang menguruskan panggilan secara berpusat d) unit persidangan berbilang titik.
call premiumpremium panggilanEkonomiEkonomi IslamPerbezaan antara harga panggilan dengan harga penerbitan bon. Contohnya, sekiranya harga terbitan bon ialah RM5000 dan harga panggilan ialah RM5500, maka RM500 ialah nilai premium panggilan.
callable bondbon boleh panggilEkonomiEkonomi IslamBon yang boleh ditebus semula oleh penerbitnya sebelum tarikh matang, iaitu pada satu tarikh panggilan tertentu dan pada harga panggilan tertentu. Pada tarikh panggilan, penerbit bon mempunyai hak untuk membeli semula bon daripada pemegang bon. Premium panggilan biasanya akan dibayar kepada pemegang bon apabila dipanggil semula. Bon ini dikenali juga sebagai bon boleh tebus. Dalam pasaran kewangan Islam, bon jenis ini dikenali sebagai sukuk boleh panggil. Sinonim bon boleh tebus.
distress messagepesanan cemasAeroangkasaTiadaSatu panggilan radio kecemasan secara piawai yang menyatakan kedudukan pesawat udara, masa, arah dituju, laju, altitud, jenis pesawat udara, keadaan kecemasan dan hasrat juruterbang. Contohnya panggilan May Day.,Satu panggilan radio kecemasan secara piawai yang menyatakan kedudukan pesawat udara, masa, arah dituju, laju, altitud, jenis pesawat udara, keadaan kecemasan dan hasrat juruterbang. Contohnya panggilan May Day.
external callpanggilan luarPentadbiran PerniagaanTiadaPanggilan yang diterima dari organisasi luar atau panggilan yang dibuat ke organisasi luar.
call cardkad panggilanPerpustakaanTiadaKad panggilan: Kad yang mengandungi nama pengarang, judul dan nombor panggilan yang digunakan untuk peminjaman buku.
call priceharga panggilanEkonomiEkonomi IslamHarga bon boleh panggil yang dibayar oleh penerbit kepada pemegang apabila bon tersebut dipanggil semula. Harga tersebut biasanya lebih tinggi daripada harga bon semasa diterbitkan. Nilai lebihan harga ini dikenali sebagai premium panggilan. Contohnya, jika harga terbitan bon ialah RM5,000 dan harga panggilan ialah RM5,500 maka RM500 ialah nilai premium panggilan. Sinonim harga tebus semula.
lost callpanggilan hilangKejuruteraanTiadaPanggilan yang tidak dapat diterima oleh rangkaian disebabkan kesesakan pada litar-litar yang ada.
Mayday callpanggilan MaydayAeroangkasaTiadaPanggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan paksa.
PAN callpanggilan PANAeroangkasaTiadaPanggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan cemas.
12345678910...

Kembali ke atas