Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bangunan berpentas tempat menayangkan wayang gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggung (kata nama)
Bersinonim dengan pentas, panggung opera, auditorium, studio;,
Kata Terbitan : memanggungkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cinema sound amplifierpenguat bunyi pawagamSosiologiTiadaPeralatan penguat dan pembesar suara yang dapat memberi bunyi seakan-akan di dalam panggung wayang.
surround soundamplifier bunyi pawagamSosiologiTiadaAmplifier bunyi pawagam: Peralatan penguat dan pembesar suara yang dapat memberi bunyi seakan-akan di dalam panggung wayang.
criticismkritikanKesenianSeni BinaBidang seni halus yang merangkumi pandangan serta tafsiran kerja seni yang dapat membantu arkitek memperbaik reka bentuk bangunan dengan mengambil kira kepelbagaian sudut pandangan. Kritikan biasanya dilakukan oleh seseorang yang profesional yang menyampaikan pendapat dan penilaian mereka terhadap pelbagai bentuk kerja kreatif seperti seni, sastera, muzik, panggung wayang, teater, termasuk seni bina. Penilaian yang dibuat sama ada berasal daripada pemikiran kritikal atau tidak, boleh menjadi positif, negatif atau seimbang bergantung pada kombinasi faktor-faktor yang menyokong dan menentang. Dalam dunia seni bina, kritikan sangat penting dalam proses pembelajaran dan penilaian terhadap reka bentuk sesebuah bangunan. Ia sangat berguna bagi menjaga kualiti sesebuah karya seni bina agar tidak lari dari kepentingan pengguna dan tujuan pembinaannya.
aspect rationisbah aspekKomunikasiTiada1. Nisbah standard pemidang wayang gambar. 2. Pembahagian bidang sukatan pada skrin televisyen. Bidang sukatan bagi semua gambar televisyen diukur pada nisbah 3:4. Nisbah aspek bagi kebanyakan tiub pancaran katod pada televisyen ialah 4:5. 3. Ukuran luas sesuatu filem yang ditentukan oleh kepanjangan dan kelebarannya di layar panggung.
chantdikirKesusasteraanTiadaGabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat.

Kembali ke atas