Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata ber­hampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha se­belah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (pene­rima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di se­suatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal ter­bang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan dll; lw hujung: ~ batang; ~ lengan; ~ paha. 2 bahagian permulaan drpd sesuatu peristiwa dll; awal: Peperiksaan di universiti diadakan pd tiap-tiap ~ tahun. 3 apa-apa yg dianggap sbg pokok atau sbg dasar sesuatu; punca atau sebab berlakunya sesuatu: Apakah yg menjadi ~ kemiskinan rakyat di luar bandar? pangkalan 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana sebutan yang betul Pangkal huruf atau huruf pangkal? Apakah maksud pangkal ayat? Terima kasihPangkal bermaksud awal atau permulaan. Berdasarkan makna yang tersebut frasa yang betul ialah huruf pangkal, iaitu huruf awal dalam sesuatu perkataan. Hal ini berbeza dengan pangkal kata dan pangkal ayat. Pangkal kata atau kata pangkal dan pangkal ayat atau ayat pangkal boleh wujud asalkan membawa maksud yang terkandung dalam konsep tersebut. Contohnya, pangkal ayat bermaksud permulaan ayat dan ayat pangkal bermaksud ayat awal yang mungkin wujud dalam ayat majmuk.Tatabahasa10.06.2013
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkalJawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar.Tatabahasa11.09.2009
Bawah pokok atau pangkal pokok Contoh; Saya meletakkan basikal di bawah pokok. atau Saya meletakkan basikal di pangkal pokok. Ayat manakah yang lebih sesuai digunakan dan kenapa?Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, frasa yang betul ialah bawah pokok, bukan pangkal pokok kerana pangkal merujuk  bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan; bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll). Bersinonim dengan  umbi, perdu.Tatabahasa06.08.2010
apakah maksud dengan makan pangkal?Makan pangkal  bermaksud makan awal bagi para penanggah.Makna07.07.2008
Salam, bagaimanakah untuk membezakan kata sendi nama yang betul antara 'di' dengan 'pada'? 1. pada pangkal ayat/di pangkal ayat? 2. pada awal ayat/di awal ayat? 3. pada permulaan ayat/di permulaan ayat? Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Dalam konteks contoh yang diberikan, pangkal ayat, awal ayat dan permulaan ayat merujuk kepada tempat. Oleh itu, kata sendi yang sesuai ialah "di". Untuk makluman, kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, digunakan dalam ungkapan ada + pada  (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:
a. menunjukkan keterangan waktu apabil mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa
b. kata sendi nama "pada" apabila didahului perkataan "ada", mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja

Oleh itu, sila berikan ayat penuh untuk menentukan sendi nama yang tepat.
Tatabahasa18.07.2014
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasihPeribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.Makna26.08.2015
saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih.saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih.
Pangkal ayat ialah permulaan ayat.  Kata pada pangkal ayat mesti ditulis dengan huruf besar. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk biasa ayat, biasanya subjek berada pangkal ayat. Subjek terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Semua kata nama boleh menjadi subjek dan berada pada pangkal ayat. Penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat. Untuk mendalami tatabahasa Bahasa Melayu tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, 2008 terbitan DBP.
Tatabahasa31.12.2013
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi pangkal dalam ayat ini? Terima kasih.

Pangkal merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian permulaan.

Makna02.02.2010
pangkal pokok merujuk kepaa bhg pokok yang berdekatan dengan akar pokok betul ke? tq
Betul, pangkal pokok ialah bahagian pokok yang berdekatan dengan akar pokok atau disebut perdu.
Pangkal merujuk  bahagian yg mula-mula drpd sesuatu .
Makna25.09.2014
Seekor ular menyusur di_____akar pokok itu. A. celah B. pangkal C. pinggir d. hujung Apakah jawapan bagi soalan ini? Adakah pangkal boleh diterima sebagai jawapan?Perkataan "pangkal" kurang tepat untuk ayat ini.  Jawapan yang lebih sesuai ialah  A. "celah"Lain-lain25.02.2014
12345678910...

Kembali ke atas