Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kusut di hujung,
     lari (= bawa) ke pangkal.

Bermaksud :

Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buttressbanirPerhutananPengurusan HutanAkar pokok yang tumbuh dan keluar di atas paras tanah pada pangkal pokok-pokok besar seperti beringin, merbau atau pauh kijang.
basal slipsulur tangkaiPertanianAgronomi

Dahan atau pucuk di bahagian pangkal pokok yang boleh dipisahkan dari pokok induk dan digunakan sebagai bahan tanaman atau pembiakan. Contohnya, pada pangkal pokok pisang atau pokok pinang.

tree gratingjeriji pokokLandskapTiadaBesi berselang dan berbentuk empat segi atau bu lat, yang diletakkan di pangkal pokok landskap bandar untuk mengelakkan kerosakan pada pangkal pokok. Struktur ini juga membolehkan air dan udara sampai ke bahagian akar pokok.
basal area effective standingluas pangkal pokok berdiriPerhutananTiadaTiada
girdlingmenggelangPerhutananPengurusan HutanMembuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya pokok itu mati.
offsetjalaranBotaniTiadaBatang tebal yang melata dan keluar dari pangkal pokok induk dengan hujungnya mengeluarkan rumpun-rumpun daun dan sekumpulan akar halus terdapat di bawahnya. Contohnya, pada keladi bunting.
plant heightketinggian tanamanPertanianAgronomi

Ukuran menegak batang atau sulur tanaman dari pangkal pokok sehingga pucuk atau sebaliknya.

breast heightaras dadaPerhutananPengurusan HutanKetinggian piawai untuk mengukur lilit, diameter dan luas pangkal pokok hidup. Ketinggian yang digunakan ialah 1.30 m atau 4 ka 4 in, tetapi di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, ketinggian yang digunakan ialah 1.37 m atau 4 ka 6 in dari aras tanah.
moundingpenandakanLandskapTiadaProses menampun tanah supaya menyerupai bukit kecil seperti menambun tanah pada pangkal pokok.
crushed stonebatu hancurLandskapTiadaBatu yang dipecahkan sebagai bahan binaan jalan atau bahan sungkupan hiasan di pangkal pokok.
123456

Kembali ke atas