pangkalan data teragih(distributed data base) | 1. Sistem pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan-pangkalan data kecil di tempat berasingan yang dihubungkan melalui rangkaian komputer. 2. Pangkalan data yang wujud dalam sistem komputer teragih. | Kamus Komputer |
keruntuhan | 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkalan armada | pangkalan kapal-kapal perang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talian dailan(dial-up line) | Talian perhubungan telefon yang digunakan oleh pangkalan komputer untuk menghubungi pangkalan komputer yang lain. | Kamus Komputer |
penggunaan pangkalan data(data base application) | 1. Bidang sasaran atau perkara yang telah dibentuk untuk menggunakan pangkalan data yang telah diwujudkan. 2. Perisian penggunaan yang berdasarkan pangkalan data. | Kamus Komputer |
merapatkan | 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkalan data | ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangkalan | 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangkalan data | simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkalan kangka | pangkalan tempat menghimpun gambir utk diangkut (dimuatkan) ke dlm perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |