reflected impedance | galangan terpantul | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nilai galangan yang nampak seperti wujud melintasi primer bagi pengubah disebabkan arus yang mengalir dalam sekunder.,2. Galangan yang muncul di pangkalan-pangkalan masukan disebabkan ciri-ciri galangan di pangkalan-pangkalan keluaran. |
distributed data base | pangkalan data teragih | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Sistem pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan-pangkalan data kecil di tempat berasingan yang dihubungkan melalui rangkaian komputer. |
decision support system | sistem sokongan keputusan | Pengurusan | Perancangan | Suatu sistem aplikasi dan interaktif, berasaskan komputer yang menggunakan model-model pembuatan keputusan dan pangkalan-pangkalan data yang khusus untuk menyokong pembuat keputusan sesebuah organisasi. Contohnya, sistem perolehan bekalan oleh pasar raya yang perlu membuat penilaian dan memilih pembekal. |
database schema | skema pangkalan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Struktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data. |
distributed database | pangkalan data teragih | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang dikawal oleh sistem pengurusan pangkalan data pusat (DBMS) yang terdiri daripada peranti storan yang tidak dihubungkan terus kepada CPU yang sama. Pangkalan data ini diletakkan dalam beberapa komputer sama ada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh yang dihubungkan dalam satu rangkaian komputer. Hal ini bererti pengambilan dan pengumpulan data boleh diagihkan merentasi beberapa lokasi fizikal. Satu pangkalan data teragih diagihkan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian pangkalan data ini boleh disalin menjadi pangkalan data yang baharu dengan data yang sama. Reka bentuk pangkalan data teragih ini menggunakan beberapa teknologi seperti teknologi autonomi tempatan, teknologi sinkroni dan asinkroni. |
quay to quay | pangkalan ke pangkalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempoh yang diberikan di bawah polisi marin kargo yang bermula apabila barangan dimuatkan ke dalam kapal dari satu pelabuhan dan berakhir apabila barangan dipunggah daripada kapal di pelabuhan tujuan. |
pi-network | rangkaian-pi | Kejuruteraan | Tiada | Rangkaian elektrik yang terdiri daripada tiga cabang, yang semuanya tersambung dalam siri di antara satu dengan lain, dengan setiap cabang masing-masing membentuk pangkalan masukan, pangkalan keluaran dan pangkalan sepunya masukan dan keluaran. |
positive terminal | pangkalan positif | Kejuruteraan | Tiada | Pangkalan pada punca voltan, misalnya bateri, yang elektron mengalir ke arahnya melalui litar luar dari pangkalan yang satu lagi. |
relational database | pangkalan data hubungan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli. |
IDM (intelligent database machine) | IDM (mesin pangkalan data cerdas) | Teknologi Maklumat | Tiada | Mesin pangkalan data pertama yang memperkenalkan konsep kecerdasan dalam pangkalan data. |