Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pertanyaan sama ada wujudnya pangkalan data korpus bahasa Melayu?Pangkalan data korpus DBP boleh diakses melalui URL http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx .Lain-lain04.08.2015
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor.Istilah12.04.2012
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada penyakit yang tiada penawarnya"?Kami sudah menyemak pangkalan data berkenaan peribahasa yang membawa maksud tersebut. Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan tidak ada dalam simpanan pangkalan data kami.Lain-lain19.06.2017
Assalamualaikum...saya mencari terjemahan untuk perkataan bahasa inggeris 'femtocell' tetapi tidak ada di dalam pangkalan data prpm. Bolehkah saya gunakan terjemahan menjadi 'femtosel'? Bidang: teknologi maklumatPerkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Jika hendak digunakan, kami mencadangkan supaya dicondongkan.  Istilah02.07.2017
Assalamualaikum. Saya ingin tanya terjemahan perkataan yang tepat untuk"Royal Chamberlain" ke dalam bahasa Malaysia. Dalam pangkalan data, terjemahannya "Datuk Pengelola Bijaya Diraja" dan ini khas untuk Royal Malay court. Bagaimana dengan terjemahan "Royal Chamberlain" di negara lain, khususnya di UK? Saya dahulukan terima kasih saya.Mengikut pangkalan data kami, padanan yang sesuai untuk "Royal Chamberlain" ialah "Datuk Pengelola Bijaya Diraja" dan ini khas untuk Royal Malay Court. Kami memohon memaaf kerana pangkalan data kami hanya terhad di Malaysia sahaja, tidak termasuk negara lain termasuk UK.Lain-lain20.11.2017
manakah istilah yang betul bagi penggunaan pusat data? adakah 'Pengkalan data' atau 'Pangkalan data'?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "pangkalan data" yang bermaksud simpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer. 

Istilah23.08.2022
salam nak tahu terjemahan dalam bahasa melayu untuk perkataan involute cirveUntuk makluman istilah "involute cirve" tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "involute" ialah involut. Istilah "cirve' tidak ada dalam pangkalan data kami.Istilah02.02.2013
"Sistem A, B dan C berteraskan teknologi X, Y dan ICT. Pengoperasian Sistem A, B dan C juga berteraskan satu pangkalan data bersepadu." Bagi mengelakkkan kekeliruan kerana kedua-duanya menggunakan perkataan "berteraskan", adakah sesuai jika diganti "bertunjangkan satu pangkalan data bersepadu" atau perkataan apakah yang lebih sesuai digunakan. Terima kasihBerteraskan sama maksudnya dengan berasaskan dan berdasarkan. Tuan boleh memilih salah satu perkataan tersebut bagi menggantikan perkataan berteraskan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2014
Apakah ejaan yang betul untuk taufufah? Contoh: http://www.flickr.com/photos/gulaley/6358111655/Untuk makluman, istilah "taufufah" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah taufu yang merupakan padanan bahasa Melayu kepada istilah bahasa Inggeris, soft bean curd.Istilah31.08.2012
Saya ingin mendapatkan terjemahan bahasa Melayu perkataan ethno-economy dan adverserial relations. Terima kasih.Tiada padanan ethno-economy dalam pangkalan data kami. Berdasarkan bentuk istilah yang ada seperti etnokejururawatan (ethno-nursing), maka kami mencadangkan ethno-economy diterjemahkan kepada etnoekonomi. Tiada maklumat tentang adverserial relations dalam pangkalan data kami.Penyemakan dan penterjemahan13.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas