Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan ke­dudukan dlm kerja (di pejabat, dlm keten­teraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) ke­lulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, se­darjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, ber­susun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melan­tik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, dar­jah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, peng­angkatan, pelantikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1 tingkat pd tangga atau pd sesuatu yg bersusun-susun. 2 tingkat rumah. berpangkat-pangkat bersusun berlapis-lapis; bertingkat-tingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari, dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mendapat ~ pertama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,

Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal employee relationhubungan pekerja dalamanPentadbiranTiadaAktiviti pengurusan sumber manusia yang berkaitan dengan kenaikan pangkat, perpindahan, turun pangkat, berhenti dan bersara.
column rankpangkat lajurMatematikTiadaPangkat bagi ruang lajur suatu matriks.
successionpenggantianSains PolitikPolitik PerbandinganSusunan penggantian penyandang sesuatu tugas, pangkat, jawatan atau pemilikan harta. Ia juga merupakan hak kepada seseorang yang bakal menyandang sesuatu jawatan atau pangkat tersebut. Perubahan penyandang akan berlaku secara aman dan mengikut proses yang telah menjadi tradisi atau mengikut perlembagaan. Penggantian ini boleh berasaskan keturunan, merit, sokongan orang ramai atau melalui kekuatan ekonomi. Contohnya, sejak merdeka hingga kini, penggantian Perdana Menteri di Malaysia berIaku dalam aman tanpa sebarang rampasan kuasa.
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatFizikTiadaTiada
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatGeografiTiadaTiada
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatKependudukanTiadaTiada
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatLinguistikTiadaTiada
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatMatematikTiadaTiada
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatPentadbiranTiadaTiada
rankpangkat; kedudukan; tingkat; peringkat; taraf, darjatPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas