Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg meme­rintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai­-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menye­lenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang ke­hormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1 orang yg gagah berani serta pandai bermain senjata; hulubalang. 2 orang yg menjadi ketua atau pemimpin sesuatu pasukan tentera; ketua askar. ~ agung (besar) ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. ~ Mangku Negara nama bintang kehormatan kelas dua dan pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya bergelar Puan Sri. ~ perang ketua angkatan tentera di bawah panglima agung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelaik Ib, MSrkayu pulai.“Janganlah bina kubu daripada kayu pelaik sahaja. Apa nama panglima dan pejuang kita ini kalau buat kubu pun tak pandai.” Dia merenung ke semua muka pengikutnya sekali lagi untuk mencari keyakinan daripada setiap orang yang duduk mengelilinginya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas