Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg meme­rintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai­-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menye­lenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang ke­hormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1 orang yg gagah berani serta pandai bermain senjata; hulubalang. 2 orang yg menjadi ketua atau pemimpin sesuatu pasukan tentera; ketua askar. ~ agung (besar) ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. ~ Mangku Negara nama bintang kehormatan kelas dua dan pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya bergelar Puan Sri. ~ perang ketua angkatan tentera di bawah panglima agung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Panglima Lidah Hitam tokoh silat LintauMohd Azis NgahBerita Minggu09.03.2008
Panglima Awang kelilingi duniaNasron Sira RahimBerita Minggu07.01.2007
Panglima Bahasa di Medan MerdekaA. Hamid JemainBerita Minggu03.12.2006
'Panglima Awang' jadi buku teks sekolah disokongTiadaUtusan Melayu28.06.1991
"Panglima Bahasa" yang terakhir?Lanang SejagatMingguan Malaysia26.06.1994
Panglima Salleh Selempang MerahAsba WahedBerita Harian19.07.1993
Panglima Nasionalis pendita bahasaTiadaUtusan Zaman04.08.1996
Panglima Islam dapat anugerah darjah kerabat Marga ZhengIbrahim GhaffarBerita Harian31.01.1998
Panglima AwangRokiah YusofMingguan Malaysia10.08.1991
Panglima Datu menceritakan tentang perjuangan pejuang- pejuangtanahairNapali Haji AmatBorneo Mail04.05.1991
1234

Kembali ke atas