Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ni.tia] | ڤنيتيا

Definisi : jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ni.tia] | ڤنيتيا

Definisi : sekumpulan orang yg diberi tugas mengurus sesuatu; jawatankuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panitia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ketua ketua panitia atau ketua panitia - ketua panitiaBerdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ketua-ketua panitia.Lain-lain08.09.2021
panitia - maknajawatankuasaMakna09.05.2007
Kamu memegang jawatan sebagai guru panitia. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Jawatan kamu pegang sebagai guru panitia. (b) Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.Ayat pasif yang betul:

Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.
Tatabahasa11.11.2015
Aslmkum tuan... 1. Sesuaikah sy menggunakan kata 'Panitia' bagi menggantikan kata 'Badan' untuk kata nama khas bagi Panitia Amal dan Khairat Anggota Teraju di kolej saya? 2. Adakah kata 'Teraju' dlm kata nama khas tersebut boleh mewakili/menggambarkan seluruh warga kerja yg berkhidmat di kolej saya atau hanya mewakili pemimpin atasan sahaja. Sekian, terima kasih1. Panitia bermaksud sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, jika disesuaikan dengan maknanya, tidak ada masalah jika digunakan.
2. Teraju bermaksud dalam konteks ayat tersebut bermaksud kuasa tertinggi, pucuk pimpinan.
Makna02.12.2016
Saya, ketua panitia BM, bercadang mengadakan pertandingan sempena Bulan Bahasa Kebangsaa. Oleh itu, ingin mendapatkan bantuan sumbangan majalah Dewan Pelajar keluaran yang lepas sebagai hadiah untuk murid. Boleh atau tidak? Bagaimana proses yg perlu dilakukan?Tuan boleh membuat permohonan rasmi dengan menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain10.09.2015
apakah maksud panitiaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, panitia bermaksud jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia.Istilah19.11.2009
apakah maksud 1. panitia 2. kembaran kualaPanitia ialah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu. Manakala kembaran kuala tiada maklumat diperoleh.Makna10.05.2007
Ketua Panitia atau Ketua PanatiaEjaan yang betul ialah Ketua Panitia.Ejaan07.05.2012
Assalam. Adakah mesyuarat panitia bahasa melayu kata nama khas? Bagaimana ejaannya?Salam sejahtera,

Tuan,

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu merupakan kata nama khas dan dieja dengan huruf besar pada permulaan perkataan.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.02.2018
Apakah perbezaan perkataan di bawah, yang manakah betul dripada hukum tatabahasa 1. meniaga- berniaga 2.panitia- panatia 3.pelantikan-perlantikan Terima kasihPerkataan yang betul ialah 1. berniaga 2. panitia 3. pelantikanEjaan06.02.2014
123

Kembali ke atas