Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-­larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pen­dek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai­-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, ber­panjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Pr panggilan kpd anak lelaki ke­empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spidery adj 1. (of handwriting) halus dan panjang-panjang; 2. full of spiders, penuh dgn labah-labah: the girl hated going down into the ~ cellar, budak perempuan itu tdk suka turun ke bilik bawah tanah yg penuh dgn labah-labah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long divisionn pembahagian panjang, bahagi panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long 1 adj 1. when st is measured from end to end), a. (of concrete object, word, story, etc) panjang: a ~ piece of string, seutas tali yg panjang; Welsh place-names are often ~, nama tempat di Wales biasanya panjang-panjang; his latest novel is extremely ~ and difficult to understand, novelnya yg terbaru sangat panjang dan sukar difahami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wordyadj verbose, panjang lebar; (of person), /bercakap, menulis/ dgn panjang lebar: a ~ announcement, pengumuman yg panjang lebar; a ~ article, artikel yg panjang lebar; the speaker is rather a ~ man, penceramah itu orang yg bercakap dgn agak panjang lebar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leggyadj berkaki panjang: a ~ calf, anak lembu yg berkaki panjang; a tall, ~ teenager, budak belasan tahun yg tinggi dan berkaki panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leggyadj berkaki panjang: a ~ calf, anak lembu yg berkaki panjang; a tall, ~ teenager, budak belasan tahun yg tinggi dan berkaki panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lopevi berlari dgn langkah panjang: he came loping up the road, dia berlari dgn langkah panjang di jalan; my dog ~d alongside my bicycle, anjing saya berlari dgn langkah panjang bersaing dgn basikal saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long termadj jangka panjang: there is no denying the ~ benefits of such a scheme, tdk dapat dinafikan faedah jangka panjang rancangan spt itu; ~ assets, aset jangka panjang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long-rangeadj 1. extending far into the future, jangka panjang: it is difficult to make ~ plans, sukar membuat rancangan jangka panjang; a ~ weather forecast, ramalan cuaca jangka panjang; 2. (of vehicle, weapon, etc) able to travel vast distances or hit distant target, jarak jauh: ~ missiles, peluru berpandu jarak jauh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trouseradj seluar panjang:~ buttons, butang seluar panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas