Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ji] | ڤنجي

Definisi : bendera (biasanya yg ber­segi tiga panjang); di bawah ~ di bawah naungan (dilindungi oleh); spt ~, ditiup angin berkibar-kibaran prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ji] | ڤنجي

Definisi : , = panji-panji kain yg biasanya berbentuk segi tiga sbg tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). di bawah ~ di bawah naungan atau lindungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panji

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Raden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Seri Panji gelaran paman, Menjadi ratu raja di Kedah; Bulan tinggi jauh pandangan, Hamba di bawah menumpang cerah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jangan diharap pauh panji, Pauh condong ke barat; Jangan diharap kepada janji, Sauh besi lagi berkarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang ribut berdentung, Panji juala di Pulau Pinang; Petang-petang duduk termenung, Bilakan kala hati nak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Galah bukan sebarang galah, Galah panjang pengikat panji; Salah bukan sebarang salah, Salah abang mungkirkan janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas