Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ji] | ڤنجي

Definisi : bendera (biasanya yg ber­segi tiga panjang); di bawah ~ di bawah naungan (dilindungi oleh); spt ~, ditiup angin berkibar-kibaran prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ji] | ڤنجي

Definisi : , = panji-panji kain yg biasanya berbentuk segi tiga sbg tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). di bawah ~ di bawah naungan atau lindungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panji

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
panjipanjiKesusasteraanTiadaGelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita ini juga dikenali dalam bentuk puisi kidung di Jawa dan bentuk syair di Semenanjung yang muncul dalam pelbagai tajuk seperti Hikayat Panji Semerang, Hikayat Andaken Penurat dan Syair Ken Tambuhan. Kini, cerita Panji bukan sahaja popular di Jawa dan Bali, tetapi juga di Sumatera, Borneo, Sulawesi, Semenanjung Tanah Melayu, Siam, Burma dan Kemboja. Cerita panji disebut juga sebagai epik panji atau roman panji. Lihat juga epik, kidung.
ensignpanji-panjiKejuruteraanTiadaTiada
ensignpanji-panjiUndang-undangTiadaTiada
kidungkidungMuzikTiada

 Nyanyian puisi klasik Bali dan Jawa dalam meter asli Jawa. Liriknya tentang kasih sayang dan peperangan dalam cerita panji. Panji ialah seorang wira dari Jawa Timur yang sedang mencari isterinya, Chandra Kirana yang telah hilang. Kidung juga dinyanyikan dalam teater gambuh dengan iringan gamelan gambuh.

cerita panjicerita panjiKesusasteraanTiadaCerita-cerita pengembaraan wira yang berasal dari kesusasteraan Jawa.
snow bannerpanji saljiMeteorologiMeteorologi PerhubunganSalji yang diterbangkan dari puncak gunung. Kadangkala disalah anggap sebagai asap gunung berapi atau awan panji.
banner cloudawan panjiMeteorologiMeteorologi PerhubunganJalur awan pegun yang kelihatan terlekat dan sering terdapat menganjur mengikut arah angin dari puncak gunung yang terpencil. Awan panji berbentuk seperti bendera panjang.
punakawan (Jw.)punakawanKesusasteraanTiadaPara pengiring yang setia kepada seorang wira atau wirawati khususnya, dalam cerita Panji dan lipur lara. Contoh: Cerita Panji: Jurudeh, Prasanta. Lipur lara: Si Kembang Cina dan Bujang Selamat.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
bylinepanji pengarangPerpustakaanTiadaBerita utama di dalam akhbar atau makalah yang mencerminkan pendapat dan pemikiran pengarangnya.
123

Kembali ke atas