Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.kréas] | ڤنکرياس

Definisi : (pankréas) (Bio) kelenjar yg terletak di belakang perut yg merembeskan enzim pen­cernaan spt lipase dan amilase serta hormon insulin dan glukagon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.kréas] | ڤنکرياس

Definisi : /pankréas/ ist kelenjar dlm badan dekat perut yg mengeluarkan atau merembeskan enzim utk menghadamkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pankreas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANKREAS

Pankreas ialah organ yang didapati dalam tubuh

manusia dan haiwan bertulang belakang. Organ ini

mengeluarkan jus pencernaan yang diperlukan untuk

memecahkan bahan makanan. Ia turut mengeluarkan

dua jenis hormon, iaitu insulin dan glukagon, yang

perlu untuk mengawal keseimbangan gula dan

metabolisma (lihat Metabolisme).

UMUM 
PANKREATIN

Pankreatin ialah ekstrak tisu daripada kilang

pankreas yang mengandungi enzim pencernaan.

UMUM 
ABDOMEN

Abdomen ialah rongga badan di antara toraks

(dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang

kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan

abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur

yang memisahkan abdomen dari rongga

pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati,

pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa.

Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum

melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi

kebanyakan organ abdomen.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 
SIKLOSPORIN

Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan

untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu

atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan

oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli

imunologi Switzerland, Jean Borel telah

menemui khasiat perubatan dalam siklosporin

pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan

dalam pembedahan pemindahan jantung, hati,

pankreas, tulang sumsum, buah pinggang,

dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin

dapat menurunkan kekerapan berlakunya

kerumitan dan kematian akibat pembedahan

tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas