Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.kréas] | ڤنکرياس

Definisi : (pankréas) (Bio) kelenjar yg terletak di belakang perut yg merembeskan enzim pen­cernaan spt lipase dan amilase serta hormon insulin dan glukagon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.kréas] | ڤنکرياس

Definisi : /pankréas/ ist kelenjar dlm badan dekat perut yg mengeluarkan atau merembeskan enzim utk menghadamkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pankreas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chymotrypsinkimotripsinVeterinarPraklinikalEndopeptidase yang dihasilkan melalui pengaktifan kimotripsinogen yang dirembeskan oleh pankreas. Kimotripsin dibawa dalam bendalir pankreas melalui duktus pankreas hingga ke usus. Dalam usus; kimotripsin memangkin hidrolisis ikatan peptida yang melibatkan L-isomer tirosina; fenilalanina dan triptofan. Kimotripsin juga bertindak balas terhadap amida dan beberapa ester asid amino.
secretin testujian sekretinPerubatanTiadaUjian untuk mengesan fungsi pankreas dengan memeriksa rembesan pankreas yang dihasilkan melalui suntikan sekretin secara intravena.
pancreatic juicelelehan pankreasKimiaBiokimiaCecair rembesan pankreas yang mengandungi enzim proterolisis dalam bentuk zimase, nuklease, karbohidrase dan lipase.
annular pancreaspankreas anulusPerubatanTiadaKetaknormalan kongenital dengan suatu tisu pankreas mengelilingi, sebahagian atau sepenuhnya, bahagian kedua duodenum.
pancreatic juicejus pankreasPentadbiran PerniagaanTiadaLelehan atau jus yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas, yang memainkan peranan penting dalam penghadaman makanan.
pancreaspankreasVeterinarTiadaKelenjar yang terdapat dalam sistem pencernaan haiwan. Kelenjar ini berbentuk leper dan terletak berhampiran perut dan mengeluarkan cairan yang dirembeskan ke dalam usus kecil melalui duktus pankreas. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin serta hormon seperti insulin dan glukagon yang mengawal metabolisme glukosa.
pancreatinpankreatinPerubatanTiadaEkstrak pankreas haiwan yang mengandungi enzim pencernaan, terutamanya amilase, protease dan lipase. Ekstrak ini digunakan untuk membantu pencernaan dalam keadaan ketakcekapan pankreas.
pancreatitispankreatitisPerubatanTiadaInflamasi akut atau kronik pada pankreas yang mungkin bergejala atau tidak bergejala dan mungkin disebabkan oleh pengautocernaan tisu pankreas. Keadaan ini selalunya diakibatkan oleh alkoholisme atau penyakit salur hempedu; kadang-kadang pula dikaitkan dengan keadaan seperti hiperlipemia, hiperparatiroidisme dan trauma abdomen.
islet of Langerhanskelompok LangerhansBiologiFisiologi1. Jasad sfera atau bujur yang terserak di seluruh pankreas. Berfungsi dalam metabolisme gula di dalam badan. 2. Sel-sel di dalam pankreas yang menghasilkan hormon.
islet of Langerhanskelompok LangerhansFizikNanoteknologiKelompok sel yang berbentuk bulat atau bujur, yang berselerak di seluruh pankreas, dan bertindak sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan insulin dan hormon seperti lipokaik. Kelompok Langerhans dikenali juga sebagai kelompok pankreas.
12345678910...

Kembali ke atas