Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tai] | ڤنتاي

Definisi : 1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~ menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog) pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai; berpantai mempunyai pantai; memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tai] | ڤنتاي

Definisi : , = ~ laut kawasan daratan yg berhampiran dgn laut; tebing atau tepi laut: Kebanyakan orang suka mandi-manda di ~ pd hari cuti. menyusur ~ berjalan atau berlayar di sepanjang pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantai (kata nama)
Bersinonim dengan pesisir, pesisiran, tebing, pinggir laut, tepi laut;,
Kata Terbitan : berpantai,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Lembah diraih,
     pantai dititi.

Bermaksud :

Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
runnelalur pantaiSains MarinTiadaTempat laluan aliran air yang berkumpul di dalam tanah yang mengalir di sepanjang pantai. Contohnya, alur pantai di kawasan Deepwater Pt. Demarest, Dartmouth, Massachusetts, Amerika Syarikat.
swashdamparanSains MarinTiadaLapisan air bergelora yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puing-puing batu-batan ke daratan. Tindakan pantas air ini dapat menggerakkan bahan pantai ke atas dan ke bawah pantai yang mengakibatkan pertukaran sedimen silang-pantai. Damparan biasanya berlaku di pantai yang rata. Pergerakannya memainkan peranan utama dalam pembentukan ciri-ciri morfologi dan perubahan pantai.
sandy shorepantai berpasirPerikananTiadaKawasan tepi laut yang terdedah kepada arus yang kuat. Pasir di kawasan yang berarus lebih kasar berbanding kawasan terlindung. Pantai di sekitar gigi air sentiasa berubah akibat hakisan ombak dan arus pasang surut. Pantai berpasir boleh dibahagikan kepada zon tinggi bagi pantai yang kering dan mempunyai tumbuh-tumbuhan, dan zon rendah bagi pantai yang basah dan dilitupi air pasang surut.
littorallitoralPerhutananTiadaTumbuh di pantai atau berhampiran dengan pantai.
barrier beachpantai sawarGeologiTiadaPantai pasir atau beting kerikil yang membujur terletak selari dengan garis pinggir, laut. Pantai sawar boleh kelihatan pada masa pasang surut.
littorallitoralPerhutananPengurusan HutanTumbuh di pantai atau berhampiran dengan pantai.
barrier beachpantai sawarSains MarinTiadaPantai pasir atau beting kerikil membujur yang terletak selari dengan garis pinggir laut. Pantai akan kelihatan pada masa berlakunya pasang surut air laut.
retrogradingpengunduranKejuruteraanTiadaPenghakisan aktif pada garis pantai apabila garis pantai terpotong ke dalam tanah besar.
beach foresthutan pantaiLandskapTiadaHutan yang terdapat di kawasan pantai dan mempunyai ciri-ciri seperti pokok bakau, ru pantai, penaga laut dan sebagainya.
littoral drifthanyutan litoralGeografiTiadaPergerakan bahan tepi pantai di sepanjang garis pantai laut.
12345678910...

Kembali ke atas