Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : Mn sj ikan sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ark; memantau 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan me­meriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ; pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan itu; pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan; pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ; memantau Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ; memantau melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa ~ projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: ~ terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantau


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pantau Tegur BahasaTiada PengarangDewan Budaya1 August 2000
Aspirasi Pantau Tegur BahasaRusdi Abd. RahmanDewan Bahasa1 July 2008
KDN patut pantau penerbitan bekas anggota PKMTiadaMilenia Muslim1 March 2006
Zulkifli HAron cipta Chipset pantau remajaSuria JanibDewan Masyarakat1 July 2004

Kembali ke atas