Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : Mn sj ikan sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ark; memantau 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan me­meriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ; pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan itu; pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan; pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ; memantau Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ; memantau melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa ~ projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: ~ terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantau


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pantau model pengajaranTiadaHarian Metro14.11.2006
Pantau bahasa rojak TV, radioAkhbar:  Kosmo07.12.2005
Pantau ekonomi MelayuNadzim Ahmad JamalludinHarian Metro13.08.2004
Pantau buku teksNor Hairulnizam WahidHarian Metro08.12.2004
Pantau penggunaan bahasa tidak sesuai dengan Islam HadhariAkhbar:  Utusan Malaysia21.01.2005
DBP pantau papan iklanHidayah MohamadBerita Harian05.10.2006
Kerajaan pantau setiap kenyataan 2 pertubuhan CinaAkhbar:  Utusan Malaysia14.11.2002
BBT guna eMATEKS pantau buku teksSyuhada Choo AbdullahBerita Harian05.10.2006
Badan penasihat perlu pantau mutu buku teksAkhbar:  Berita Harian07.09.2004

Kembali ke atas