Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : Mn sj ikan sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ark; memantau 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan me­meriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ; pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan itu; pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan; pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ; memantau Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tau] | ڤنتاو

Definisi : ; memantau melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa ~ projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: ~ terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantau


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
Monitoring Control and Surveilance (MCS)Pantau Kontrol dan PengawasanPantau Kawal dan PengawasanPantau Kawal dan PengawasanPerikanan
airborne vibration monitoring systemsistem pantau getaran di udarasistem pantau getaran di udarasistem pantau getaran di udaraKejuruteraan Kapal Terbang
engine vibration monitoring systemsistem pantau getar mesinsistem pemantau getaran enjinsistem pantau getaran enjinKejuruteraan Kapal Terbang
electronic centralised aircraft monitoring (ECAM)pemantau alatpantau pesawat elektronik pusatpantau pesawat elektronik pusatKejuruteraan Kapal Terbang
transaction monitorpantau transaksimonitor transaksimonitor urus niagaTeknologi Maklumat

Kembali ke atas