Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tu.lan] | ڤنتولن

Definisi : 1. gerakan memantul (mengam­bul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tu.lan] | ڤنتولن

Definisi : 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantul
Kata Terbitan : memantul, pantulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Tahukah anda gema berlaku akibat pantulan bunyi? 2. Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi? Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut, minta tuan/puan terangkan penggunaan bahawa dalam sesuatu ayat. Terima kasih.Dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bagaimana gema berlaku? dan dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi.Tatabahasa02.07.2012
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "mirror-touch synesthesia?".Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah Sinestesia Pantulan Deria. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan07.02.2021

Kembali ke atas