Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tu.lan] | ڤنتولن

Definisi : 1. gerakan memantul (mengam­bul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tu.lan] | ڤنتولن

Definisi : 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantul
Kata Terbitan : memantul, pantulan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 

Kembali ke atas