Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : papan drpd sj batu utk tempat menulis; batu tulis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slate and styluspapan batu dan kalamPendidikanTiadaTiada
masonite boardpapan kerja batuKejuruteraanTiadaTiada
alan batualan batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama dagangan Shorea Albida yang lebih berat. Nama tempatan di Sarawak termasuk empenit, meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 hingga 925 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. kayu ini digunakan untuk lantai , papan panel, dan kayu kumai, dan dalam pembuatan perabot dan perahu.
clapboard/weatherboardpapan tindihKesenianSeni BinaPapan yang disusun secara mendatar dan bertindih di antara penyokong dinding. Papan ini dipasang pada dinding luar bangunan sebagai kemasan. Ia berfungsi sebagai kerangka yang menopang struktur utama bahagian luar bangunan. Fungsi lain papan tindih ialah sebagai elemen untuk menampakkan unsur keindahan bangunan dan juga sebagai perlindungan daripada cuaca dan pencemaran. Kini, papan tindih terdapat dalam pelbagai jenis, sama ada yang diperbuat daripada kayu, panel PVC, lapisan batu atau logam.
brick veneer constructionbinaan venir batu bataPentadbiran PerniagaanTiadaMerupakan bangunan yang dinding luarnya dibuat daripada papan dengan lapisan dalamnya dibuat daripada batu bata.
carriagepembawa;; pemidang (percetakan), ; (percetakan)PerpustakaanTiada2. Pemidang: Bingkai rata yang mempunyai panduan rel yang terdiri daripada papan yang menyokong batu tempat terletaknya form yang digunakan pada percetakan tangan.
indicated speedlaju tertunjukKejuruteraan AutomotifEnjinKelajuan kenderaan seperti yang ditunjukkan oleh meter kelajuan. Kelajuan diukur dalam unit km/jam atau batu/jam. Ukuran ini ditunjukkan oleh penunjuk berjarum atau secara paparan elektronik pada papan pemuka.
kembang semangkukkembang semangkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Seaphium spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kembang semangkuk bulat dan kembang semangkuk jantung, dan di Sabah ialah kembang semangkuk batu. Spesies utama kayu ini termasuk Scaphium macropodum, S. linearicarpum, dan S. longiflorum. Gubal kayu dan teras kayu kembang semangkuk berwarna hampir sama, iaitu kuning coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji dan lapisan parenkima yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu kembang semangkuk ini menghasilkan pola ira yang menarik dan menjadikannya sesuai untuk hiasan dalaman, papan panel, papan lapis, dan venir hiasan.
Manta towtarikan MantaPerikananTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keadaan kawasan batu karang yang luas bagi menunjukkan gambaran mengenai perubahan taburan dan kelimpahan organisma terumbu karang. Teknik ini membolehkan seseorang penyelam pemerhati, ditunda pada kelajuan yang sekata di belakang bot. Melalui teknik ini, penyelam pemerhati akan memegang papan Manta sambil melakukan penilaian visual terhadap kawasan sekitar.
industrial advertisingpengiklanan industriKomunikasiKorporatPengiklanan yang memberikan perhatian kepada barangan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan bahan pembangunan dan pengilangan. Contoh barangan yang diiklankan ialah peralatan mesin, bahan mentah (seperti simen, batu dan tanah), serta bahan separuh proses (seperti siling kertas dan papan lapis). Iklan barangan jenis ini biasanya bersifat langsung atau disiarkan melalui penerbitan khusus seperti penerbitan berkaitan kejuruteraan, pembinaan bangunan, reka bentuk dalaman, landskap, atau majalah pengguna. Khalayak sasaran pengiklanan jenis ini ialah peruncit, pemborong, pengedar, pengilang, dan pemaju sesuatu perusahaan. Pendekatan pengiklanan jenis ini digunakan bagi meningkatkan kecekapan pemasaran barangan dan perkhidmatan serta mengurangkan kos.
12

Kembali ke atas