Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blackboardpapan hitamPendidikanTiadaAlat biasanya daripada papan lapis atau fabrik yang permukaannya hitam atau hijau, dan digunakan sebagai tempat menulis di dalam bilik darjah.
chalk boardpapan hitamPendidikanTiadaAlat biasanya daripada papan lapis atau fabrik yang permukaannya hitam atau hijau, dan digunakan sebagai tempat menulis di dalam bilik darjah. Sinonim: blackboard.
chalk boardpapan hitamKesenianHiasan DalamanPermukaan papan yang rata dan nipis, yang sesuai digunakan untuk menulis menggunakan kapur. Permukaan papan ini biasanya diperbuat daripada papan lapis yang diwarnakan dengan warna hitam atau hijau.
starter boardpelapik hitamSukanTiadaPapan berwarna hitam yang digunakan sebagai alat memantulkan cahaya.
Indo-pacific king mackereltenggiri papanPerikananTiadaSejenis ikan pelagik besar daripada famili Scombridae, spesies Scomberomorus guttatus. Tengiri papan merupakan ikan pemangsa, berenang dalam kumpulan kecil, mempunyai badan berbintik dan sirip belakang yang berwarna hitam. Ikan ini gemar memakan ikan tamban dan sotong. Ikan tenggiri ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut atau mengolak.
checkerboard tecniqueteknik papan damKomunikasiTiadaKaedah penyuntingan filem yang kerap digunakan bagi filem 16 mm yang bertujuan untuk menghilangkan kesan penyambungan daripada kelihatan. Caranya ialah dengan menyambungkan setiap adegan demi adegan secara silih berganti melalui dua gulungan dengan penjarak berwarna hitam. Bahagian yang bergambar dikikis, kemudiannya disambungkan dengan penjarak berwarna hitam. Hasilnya, kesan penyambungan itu dapat disembunyikan.
meranti kuningmeranti kuningPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu kumpulan Richetia dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar hitam, dan di Sabah ialah seraya kuning. Spesies utamanya termasuk Shorea dolichocarpa, S. faguetians, S. gibbosa, S. hopeifolia, S. maxima, S. longisperma, dan S. multiflora. Gubal kayu meranti kuning berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kehijauan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, tetapi mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu meranti kuning sesuai untuk dibuat lantai, papan panel, perabot, dan terutamanya bagi pembuatn venir dan papan lapis.
hackerpenggodamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang mempunyai kepakaran dalam memahami fungsian, meneliti aturcara, dan mengubah suai aset-aset pada sistem komputer seperti sistem pengendalian, perisian aplikasi, litar papan ibu, atau peranti lain. Individu sebegini menggunakan kepakarannya untuk meningkatkan prestasi aset sistem komputer (juga dipanggil pengguna �topi putih�) atau untuk menyalahgunakannya untuk tujuan peribadi atau hasad (juga dipanggil pengguna �perengkah� atau �topi hitam� ). Nama penggodam sering kali digunakan dalam media massa untuk merujuk kepada perengkah,
sengkuangsengkuangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dracontomelumdao daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mati anak. Gubal kayu sengkuang biasanya berwarna kuning keemasan atau kuning kelabu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kelabu atau kuning kehijauan, dengan jalur coklat dan hitam. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 500 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dikemas siap, cepat mengering tetapi kurang tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini sesuai untuk kabinet, perabot, hiasan dalaman, venir hirisan, dan papan lapis.
rengasrengasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Gluta spp. dan Melanochyla spp daripada famili Anacardiaceae. Spesies utamanya ialah Gluta elegans, G. Malayana, Melanochyla bracteat, dan M. kunstleri. Gubal kayu rengas berwarna coklat kemerahan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat tua dengan jaluran hitam. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus dan bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini agak mudah diproses dan dikemas siap, mengering dengan agak pelahan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Gubal kayunya mudah diserang anai-anai, tetapi mudah diawet berbanding dengan teras kayunya. Kayu rengas sesuai untuk papan, tongkat dan venir hirisan. Kayu ini mengeluarkan sap beracun, yang boleh menyebabkan kulit menjadi bengkak dan gatal apabila disentuh.
12

Kembali ke atas