Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg mem­punyai set kekunci yg digunakan utk mema­sukkan data ke dlm komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
papan kekunci QWERTY(QWERTY keyboard)Papan kekunci dengan bentangan kekunci piawai yang meletakkan huruf Q, W, E, R, T, Y di baris kiri atas papan kekunci. Papan kekunci ini digunakan pada hampir semua papan kekunci mesin taip, pemproses kata elektrik, dan komputer.Kamus Komputer
papan kekunci boleh cabut(detachable keyboard)Papan kekunci yang tidak terlekat pada terminal komputer tetapi wujud secara berasingan. Papan kekunci ini boleh dicabut daripada terminal komputer tanpa mengganggu perjalanan komputer.Kamus Komputer
papan kekunci selaput(membrane keyboard)Papan kekunci yang dibentuk daripada litar yang diperbuat daripada dakwat pengalir elektrik dan disalut oleh selaput plastik nipis. Papan kekunci ini banyak digunakan pada mesin kira dan komputer saku.Kamus Komputer
papan kekunci Dvorak(Dvorak keyboard)Papan kekunci dengan bentangan kekunci yang dipatenkan oleh August Dvorak pada 1936. Papan kekunci ini meningkatkan kepantasan dan keselesaan menaip serta mengurangkan kesilapan dengan meletakkan huruf yang lebih kerap digunakan di tempat yang sesuai untuk jari.Kamus Komputer
selidik papan kekunci(keyboard inquiry)1. Tindakan menyiasat kemajuan atur cara, kandungan ingatan atau maklumat lain melalui penggunaan papan kekunci. 2. Penyemakan taraf papan kekunci yang kerap dilakukan oleh pemproses utama untuk menyemak sama ada mana-mana kekunci telah ditekan.Kamus Komputer
papan kekunci pengelasan(classification keyboard)Papan kekunci yang telah diatur cara supaya dapat digunakan untuk mengelaskan sesuatu perkara.Kamus Komputer
papan kekunci hidup(live keyboard)Papan kekunci komputer yang membenarkan pengguna menaip data dan bersaling tindak dengan sistem semasa perjalanan sesuatu atur cara.Kamus Komputer
sifat papan kekunci(keyboard feature)Keistimewaan yang dimiliki oleh papan kekunci.Kamus Komputer
kunci papan kekunci(keyboard lock)Ciri khas yang menghalang taipan pada papan kekunci daripada diterima oleh komputer.Kamus Komputer
pad angka(numeric pad)1. Papan kekunci kecil yang menempatkan kekunci untuk angka sahaja. Pad ini boleh merupakan sebahagian daripada papan kekunci utama atau wujud tersendiri. Pad ini membolehkan nombor ditaip dengan pantas. 2. Susunan kekunci untuk mesin kira atau telefon jenis tekan butang.Kamus Komputer
12345

Kembali ke atas