Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apa­bila ditekan, mis pd piano, organ dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLAVIKORD

Klavikord ialah alat muzik papan nada yang

menjadi perintis kepada piano. Ton klavikord

dihasilkan oleh bilah logam yang memukul tali

wayar alat apabila mata ditekan.

UMUM 
RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH

Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873–

1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia

dan salah seorang pemain piano yang teragung

dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara

amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia,

Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an.

Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun

1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden.

Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik

loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir

melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi

ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia

mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya

sendiri yang ghairah dan amat mendalam.

UMUM 

Kembali ke atas