Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada saudara/ri 1) apakah jenis-jenis papan tanda? 2) bahasa apa yang digunakan pada papan tanda? 3) apakah kesalahan papan tanda pada kebiasaannya?

1. Antara jenis papan tanda ialah papan tanda nama jalan, papan notis dan tunjuk arah.

2. Dalam konteks negara kita Malaysia, bahasa Melayu yang digunakan.

3. Lazimnya kesalahan yang terdapat ialah kesalahan ejaan dan tanda baca.

Lain-lain19.09.2010
CEK PAPAN TANDAPapan tanda yang dilampirkan tidak mempunyai bahasa Melayu untuk disemak. Untuk makluman tuan, Khidmat Pengesahan Bahasa, DBP menyemak papan tanda yang mempunyai perkataan bahasa Melayu sahaja. Sila masukkan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN, KILANG dan lain-lain. Seetelah membuat pembetulan, tuan hendaklah ke ruangan KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA bukan KHIDMAT NASIHAT BAHASA untuk mendapatkan kelulusan papan tanda.Tatabahasa28.10.2013
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan syarat papan tanda untuk memohon lesen papan tanda di MPS. Saya telah melampirkan pelan papan tanda seperti di bawah. Nama syarikat kami adalah E-IONS Corporation Sdn Bhd. Sila beritahu jika pelan lampirankan tersebut boleh digunakan sebagai papan tanda atau tidak. Sekian.

Untuk khidmat pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui laman web  dbpsahbahasa.my. Sila rujuk panduan permohonan untuk  memudahkan tuan/puan mendaftar permohonan iklan. Sila catat nombor pendaftaran iklan (contoh: 12345/2021) untuk rujukan. 

Maklumat asas yang perlu ada pada papan tanda perniagaan ialah seperti yang berikut: 

- Keterangan aktiviti perniagaan contohnya, KILANG PENAPIS AIR /RESTORAN/PEJABAT URUSAN (di bahagian paling atas sebelah kiri papan iklan),

- Nama premis perniagaan contohnya, E-IONS CORPORATION SDN. BHD. 

- Dimiliki oleh: XXXX  (no. pendaftaran SSM)
- visual/gambar dan teks perlu terang dan jelas kerana visual tersebut akan tertera dalam sijil pengesahan. 
Lain-lain25.03.2021
Saya ingin menyemak perkataan yang digunakan in papan tanda saya. File papan tanda telah dilampirkan. Tujuan saya adalah untuk memohon lesen perniagaan papan tanda di Majlis Perbandaran Sepang.Penggunaan bahasa Melayu pada lakaran papan tanda pihak tuan sudah betul. Untuk meneruskan permohonan pengesahan bahasa pada papan premis, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. Lain-lain13.06.2021
Bagi papan tanda premis dan papan tanda jalan premis adakah memelukan kelulusan pihak DBP. Sekirannya perlu apakah proses permohonan

Papan tanda premis perlu mendapat pengesahan bahasa Melayu daripada DBP. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohonan secara dalam talian melalui portal dbpsahbahasa.my.

  1. Daftar Akaun dan Aktifkan Akaun
  2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan
  3. Isikan Maklumat Iklan, muat naik visual iklan, klik Simpan dan buat bayaran

Sila rujuk Panduan Pelanggan dan video tatacara permohonan yang disertakan pada laman web.

Lain-lain15.04.2024
Syarikat telah memohon Sijil Pengesahan Bahasa dan telah lulus dengan saiz papan tanda iaitu 16x4 kaki. 1)Sekiranya pihak syarikat bercadang untuk membuat beberapa papan tanda yang sama dengan saiz yang berbeza,adakah syarikat perlu membuat permohonan baru bagi setiap saiz papan tanda? 2) Adakah terdapat limit saiz papan tanda yang akan diguna pakai? Sekian terima kasih

Jika papan tanda yang baharu tidak terdapat sebarang perubahan teks, masih dalam kategori yang sama dan PBT yang sama, tidak perlu untuk memohon permohonan sah bahasa. Namun, perlu dirujuk dengan PBT yang berkaitan mengenai saiz dan had saiz.

Lain-lain14.07.2022
saya nak contoh papan-papan tanda yang terdapat kesalahan tatabahasa di kuala lumpur.Contoh-contoh kesalahan bahasa boleh diperoleh dalam akhbar sisipan Klik DBP pada setiap terbitan dalam ruangan Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung.   Lain-lain13.03.2008
Merujuk kepada lampiran berikut, minta nasihat Tuan sama ada bahasa yang digunakan dalam papan tanda mamatuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Papan tanda berukuran panjang ini diletakkan di depan kedai bagi tujuan perniagaan. Papan tanda yang berbentuk tegak pula dipasang dalam kedai. Harap Tuan dapat megesahkan untuk tujuan pemohonan lesen papan tanda bagi premis perniagaan. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.06.2011
Design papan tanda tersebut adalah daripada syarikat yang di taja oleh syarikat Echo.Papan tanda tersebut adalah sama di seluruh Malaysia. Adakah pihak tuan dapat mengekalkan design papan tanda tersebut?Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain26.10.2015
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda, apakah usaha atau langkah yang telah dan akan diambil oleh DBP penggunaan nama "Central Spine Road", iaitu merujuk kepada sebatang lebuh raya tanpa tol yang sedang dibina dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan? Ucapan pembentangan belanjawan negara juga menyebut nama dalam bahasa Inggeris. Jadi, bolehkah DBP memberi syor kepada Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya supaya digunakan istilah/nama lebuh raya ini dalam bahasa Melayu?
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.

Untuk makluman tuan, DBP akan melaksanakan kerja pemantauan tentang aduan ini dan membuat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.

Terima kasih.
Lain-lain12.11.2020
12345678910...

Kembali ke atas