Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.doks] | ڤارادوکس

Definisi : sesuatu yg bertentangan dgn pendapat yg diterima umum: tampak kpd kita suatu ~ yg mencolok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
paradoks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan percanggahan, pertentangan, anomali.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan PARADOKS

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, paradoks bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.

Makna07.01.2011
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009
Tolong jelaskan maksud ayat: "Saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca."Ayat tersebut membawa maksud, cadangan menyuruh masyarakat Malaysia membaca merupakan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan kerana anggapan bahawa masyarakat di Malaysia kurang/jarang membaca.
Makna04.11.2018

Kembali ke atas