Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1. teruk atau berat sangat (luka, pe­nyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parah (adjektif)
1. Bersinonim dengan nazak: tenat, kritikal, teruk, genting, melarat, serius, akut, lasat,

2. Bersinonim dengan susah: sukar, payah melarat, derita, sengsara papa, papa kedana, miskin, muflis, bankrap,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : keparahan,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
semanggang[s«.mAN.g­AN]kata namabahagian yang memegang tayar hadapan basikal atau motosikalBukan takat semanggang saja bengkok, dia pon terok.[bu.kAn tA.kAt s«.mAN.g­AN sA.dZA bEN.ko/ di.jA pon t«.Òo/]Bukan sekadar bahagian yang memegang tayar hadapan basikal sahaja yang bengkok, dia pun cedera parah.

Kembali ke atas