Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : ; ikan ~ = ikan parang-parang sj ikan laut, Chirocentrus dorab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : ; sakit ~ = sakit parangan sj penyakit kulit pd tengkuk atau hidung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : sj alat drpd besi yg bermacam-macam bentuknya tetapi lebih besar drpd pisau, digunakan utk memotong, sbg senjata dsb; sj golok: ~ lading; ~ puting. memarang memotong atau menetak dgn parang. memarangkan menggunakan sesuatu sbg parang utk menetak: ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Chirocentrus dorab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat ini. Parang Puting merujuk pada parang yang tidak dipasangkan hulunya. Betulkah ayat ini? merujuk pada atau kepada?Ayat yang betul ialah "merujuk kepada"Tatabahasa21.09.2014
Tolong betulkan ayat ini. Parang Belitung sederhana panjang.Ayat yang betul ialah "Parang Belitung sederhana panjangnya".Tatabahasa21.09.2014
Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk ............... dahan pokok itu. Yang manakah jawapan paling tepat; MEMOTONG / MENCANTAS / MEMANGKASPak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk mencantas/memangkas dahan pokok itu.Tatabahasa09.05.2012
As Salam / Salam sejahtera Soalan : Kayu ______________ itu sangat sesuai dibuat sarung parang. A. jati B. kemuning C. merbau D. teja Terima kasih atas kerjasamaTiada maklumat berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun dalam carian maklumat melalui internet di bawah tajuk "Guru parang dan pisau pada hujung minggu"(BH Online) ada menyatakan Kayu Kemuning sesuai untuk dibuat sarung parang.Lain-lain30.05.2018
Apakah maksud ayat ini: Dia memarang hulu baginda itu lalu mangkat.

Dia menetak (dengan parang) kepala baginda lalu mati.

Memarang - menetak, memotong dll dengan parang

Hulu - Kepala (sastera lama)

Makna08.02.2009
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus.Makna03.04.2012
Apakah alat yang akan digunakan untuk perkataan 'menebas'. Misalan kata, Ali menebas semak-samun dengan ______________.Sabit atau parang.Lain-lain24.01.2007
Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluhPeribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih.Lain-lain12.08.2008
Wan Baharudin Wan Ismail 11hb September Apakah gaya bahasa Indonesia "ditemukan" (sebenarnya "ditemui") kini diterima sebagai Bahasa Malaysia? cth : "Hasil pemeriksaan, sebilah parang telah DITEMUKAN."Ditemukan ialah bentuk pasif menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Perkataan menemukan/ditemukan lazimnya digunakan bagi menterjemahkan maksud find dalam bahasa Melayu.Tatabahasa11.09.2017
Sekiranya PAHAT diertikan sejenis alat utk mengukir, lancip dan tajam, adakah penjodoh bilangan, SEBILAH PAHAT sesuai dan dianggap betul?Penjodoh bilangan yang paling hampir dengan pahat ialah bilah, sama seperti parang dan keris.Tatabahasa29.01.2016
12

Kembali ke atas