Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n ( tdmk ) parakuat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paraquat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paraquat poisoningkeracunan parakuatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan, pencemaran kulit, atau penyedutan parakuat, iaitu pestisid yang sangat beracun. Tanda utama keracunan ialah loya, muntah, dan sakit ketika bernafas dan sianosis. Pengingesan parakuat menyebabkan mulut dan kerongkong rasa terbakar dan muntah. Selepas 2-5 hari, hemoptisis, oliguria dan pengulseran lidah, farinks, dan esofagus terjadi. Selepas 5-8 hari, demam kuning, demam, takikardia, sakit ketika bernafas, dan sianosis terjadi. Penyentuhan kulit menyebabkan kerosakan korosif diikuti dengan kerosakan panl-paru yang teruk. Penyedutan 1 �g - 100 �g mungkin menyebabkan fibrosis tertangguh paru-paru tanpa gejala segera. Dos maut dianggarkan serendah 1 g, dan had pendedahan ialah 0.1 mg/m3 Penemuan patologi terlllasuk nekrosis miokardium fokus, perdarahan pulmonari dan edema.
contact herbicideracun herba kontakPertanianAgronomi

 Jenis racun herba yang bertindak hanya kepada bahagian tumbuhan yang disentuh oleh racun tersebut. Pada amnya, racun jenis ini memberi kesan yang cepat dengan melecurkan bahagian yang disentuh tetapi tidak meresap kepada bahagian akar atau batang yang tidak terkena racun. Contohnya, racun herba kontak jenis Paraquat. Oleh itu, racun herba kontak tidak begitu berkesan dalam jangka masa panjang untuk mengawal rumpai yang mempunyai rizom seperti lalang.


Kembali ke atas