Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ras] | ڤارس

Definisi : rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : 1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi; separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~; memaras menjadikan rata, memotong su­paya rata: bahagian atas timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata; parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air; pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : ark; batu ~ sj batu atau lapisan tanah yg keras, cadas, padas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : rupa muka seseorang; wajah: Mereka itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : 1 sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. 2 had yg menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat: Air sungai itu ~ lutut saja dalamnya. memaras membuat jadi rata; menjadikan rata; memotong dll supaya rata: ~ kayu. separas 1 sama paras atau sama tinggi dgn: Dia ~ bahu abangnya. 2 sama banyak dgn; sepadan: Hasilnya ~ usahanya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paras

Puisi
 

Pucuk palas tumbuh di kuala,
     Sayang langgudi tumbuh di pancur;
Rupa paras saya tak gila,
     Kerana budi hatiku hancur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti emas yang sudah tersepuh.

Bermaksud :

Paras yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water level, steadyparas air tunakHidrologiTiadaParas air yang tetap mengikut masa, misalnya paras air atau paras piezometri dalam perigi yang dipampa dengan kadar luahan tetap selepas paras itu menjadi mantap.
steady levelparas tunakHidrogeologiTiadaParas air atau paras piezometri sesuatu perigi yang dipampa dengan kadar luahan tetap setelah parasnya mantap.
winzewinzKejuruteraanTiadaTerowong tegak atau condong yang dikorek ke bawah untuk menghubungkan satu paras ke paras lain.
double bottomparas terendah bergandaPentadbiran PerniagaanTiada1. Paras terendah berganda: Pola carta dalam analisis teknikal yang menunjukkan bahawa harga sekuriti telah jatuh ke paras paling rendah kemudian naik dan jatuh semula ke paras rendah yang sama sebelum naik semula. Bentuk ini menandakan bahawa arah aliran menaik akan bermula.
bank storagesimpanan tebingHidrogeologiTiadaPerubahan simpanan dalam suatu akuifer akibat perubahan paras air permukaan yang berdampingan (USGS). Keadaan ini menghuraikan isi padu air tanah yang tersimpan sementara dalam suatu akuifer kerana ketinggian paras airnya melebihi ketinggian purata paras air permukaan yang berdampingan. Di dalamnya termasuk air tanah yang gagal masuk ke air permukaan kerana paras air permukaan melebihi paras air tanah serta air yang meresap ke bumi dari sungai semasa paras air tinggi. Bila paras sungai turun, air yang tersimpan sementara ini mulai mengalir ke sungai. (Dimensi: L3) Ruj.: Tolman 1937
second-level domaindomain paras keduaTeknologi MaklumatTiadaTahap domain selepas domain paras atas dalam alamat tapak web atau URL. Domain ini merupakan bahagian nama domain yang muncul di kiri domain paras atas dan dipisahkan oleh satu titik. Contohnya nama "cikgu" dalam "www.cikgu.net" dan nama "gov" dalam "www.dbp.gov.my". Lihat juga domain paras ketiga, domain paras atas, URL
ambient noisehingar ambienTeknologi MaklumatTiadaParas hingar yang wujud pada setiap masa di persekitaran sesuatu tempat/bilik. Paras ini selalunya diukur dalam unit desibel. Selalunya paras hingar di bilik rakaman dikehendaki berada di paras sifar.
therapeutic levelparas terapeutikPerubatanTiadaParas ubat dalam darah yang memberi kesan terapeutik ubat tersebut. Paras ini berbeza mengikut jenis ubat, pesakit dan indikasi penggunaan ubat.
anorajaket anoraKesenianTiadaJaket paras pinggang atau paras pinggul, bercerut di kelepet dan berkerudung serta berzip di hadapan. Adakalanya dilapik dengan fabrik benang sayat dan dipakai untuk bersukan pada musim sejuk. Mula diperkenalkan pada Perang Dunia II oleh juruterbang. Berasal dari Greenland.
anorakjaket anorakKesenianTiadaJaket paras pinggang atau paras pinggul, bercerut di kelepet dan berkerudung serta berzip di hadapan. Adakalanya dilapik dengan fabrik benang sayat dan dipakai untuk bersukan pada musim sejuk. Mula diperkenalkan dalam Perang Dunia II oleh juruterbang dan jaket ini berasal dari Greenland.
12345678910...

Kembali ke atas