Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1. tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya; 2. benalu, pasilan; 3. ki orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain; berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit: penyakit kulit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau binatang (spt pokok api-api, cacing kerawit) yg hidup pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang lain serta mendapat makanan drnya. 2 ki orang yg menumpang pd orang lain dgn tidak membayar apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parasit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bakteria Wolbachia. Adakah Wolbachia mempunyai nama di dalam bahasa melayu?

Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar.  (Rujukan:  Gaya Dewan, Edisi Ketiga)

Istilah04.03.2020
Yang mana satu ejaan yang betul adakah bakteria Wolbachia atau bakteria wolbachia

Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar.  (Rujukan:  Gaya Dewan, Edisi Ketiga)

Istilah04.03.2020

Kembali ke atas