Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1. tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya; 2. benalu, pasilan; 3. ki orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain; berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit: penyakit kulit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau binatang (spt pokok api-api, cacing kerawit) yg hidup pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang lain serta mendapat makanan drnya. 2 ki orang yg menumpang pd orang lain dgn tidak membayar apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parasit


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
parasitparasiteOrganisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit.Menengah Rendah
virusvirusMikroorganisma parasit paling seni yang menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan.Menengah Rendah
perumahhostOrganisma yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggalnya, serta sebagai sumber makanan dan perlindungan.Menengah Rendah
cacing pitatapewormCacing yang berbentuk panjang dan pipih, berwarna putih kelabu dan hidup sebagai parasit dalam usus haiwan atau manusia. Lihat RajahMenengah Rendah
penggunaconsumerOrganisma yang memperoleh makanannya dengan memakan organisma lain. Pengguna terdiri daripada karnivor, herbivor, omnivor, parasit dan pembangkai.Menengah Rendah
penggunaconsumerOrganisma yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri. Organisma ini terdiri daripada kumpulan haiwan karnivor, herbivor, omnivor, parasit, atau pengurai.Sekolah Rendah
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan.Menengah Atas
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit.Menengah Rendah
kulatfungiKumpulan organisma yang tidak mempunyai klorofil, bersifat heterotrof dan mempunyai kitin pada dinding selnya. Kulat membiak melalui spora dan merupakan pengurai yang penting dalam ekosistem, sementara sesetengah yang lainnya bersifat parasit.Menengah Rendah

Kembali ke atas