Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1. tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya; 2. benalu, pasilan; 3. ki orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain; berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit: penyakit kulit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau binatang (spt pokok api-api, cacing kerawit) yg hidup pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang lain serta mendapat makanan drnya. 2 ki orang yg menumpang pd orang lain dgn tidak membayar apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parasit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infestationinfestasiPerubatanTiadaSerangan atau kehadiran parasit-parasit pada kulit, tisu atau kadang-kadang organ di dalam badan.
hyperparasitehiperparasitBiologiEntomologiOrganisma parasit yang menjadi parasit kepada organisma parasit lain.
xenologyxenologiKejururawatanTiadaKajian parasit berkaitan dengan perhubungan antara parasit dengan parasit yang lain dan hosnya.
obligate parasiteparasit obligatBiologiEkologiParasit yang tidak dapat hidup tanpa perumah. Parasit obligat tumbuhan dinamai fitoparasit, dan parasit obligat haiwan dinamai zooparasit. Sinonim parasit kekal.
hyperparasitehiperparasitBiologiPatologiParasit yang boleh memparasit parasit lain. Istilah ini banyak digunakan terhadap perosak tetapi jarang digunakan terhadap patogen.
facultative parasiteparasit fakultatifBiologiPatologiSaprofit yang boleh juga hidup sebagai parasit jika keadaan memungkinkan. Oleh itu organisma ini dikenali juga sebagai parasit lemah.
parasitic castrationpengasian parasitBiologiEkologiPengasian yang disebabkan oleh penjangkitan parasit pada organ pembiakan haiwan atau tumbuhan. Misalnya, saiz penis siput laut, Hydobia ulvae menjadi kecil atau hilang apabila dijangkiti oleh parasit trematod.
parasiteparasitMakanan dan PemakananTeknologi MakananOrganisma yang mengambil nutrien daripada perumah hidup yang didiaminya. Parasit terdiri daripada kumpulan heterogen haiwan invertebrat yang merangkumi mikroorganisma unisel dan organisma multisel. Jangkitan parasit kepada manusia selalunya disebabkan oleh pengambilan air atau makanan yang tercemar.
actinomycetesaktinomisetBioteknologiTiadaOrganisma eubakteria gram positif yang berbentuk batang, berfilamen, kekurangan dinding sel, dan menyerupai kulat. Kebanyakannya merupakan organisma tanah yang menjalani metabolisme oksidatif, sama ada sebagai parasit atau parasit fakultatif.
TrichomonasTrichomonasPerubatanTiadaSatu genus parasit protozoa berflagelum yang berbentuk buah pear. Pada manusia, terdapat tiga spesies, iaitu T. tenax (parasit komensal dalam mulut), T. hominis (parasit komensal dalam usus) dan T. vaginalis (patogen pada saluran genitalia); T. vaginalis mengakibatkan trikomoniasis.
12345678910...

Kembali ke atas