Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parit (kata nama)
Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan, selokan, apuran, got.,

Puisi
 

Dari Parit ke Tanjung Piandang,
     Singgah sekejap membeli roti;
Bila sudah wajah terpandang,
     Tetap tersimpan di lubuk hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flooding irrigationpengairan limpahPertanianTiadaKaedah pengairan dengan cara membebaskan air dari parit-parit hingga membanjiri tanah sekeliling.
spriggingtanam cabikan rumputLandskapTiadaKaedah menanam rumput menggunakan potongan batang rumput yang mengandungi tiga hingga empat ruas dan dicucuk ke dalam parit-parit kecil atau ditabur di atas permukaan tanah yang telah disediakan.
spriggingtanam cabikan rumputLandskapTiadaKaedah menanam rumput menggunakan potongan batang rumput yang mengandungi tiga hingga empat ruas dan dicucuk ke dalam parit-parit kecil atau ditabur di atas permukaan tanah yang telah disediakan.
bunga cempaka Paritbunga cempaka ParitKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka di Parit, Perak.
setangkai bunga raya Paritsetangkai bunga raya ParitKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga raya berangkai di Parit, Perak.
field drainparit pertanianKejuruteraanTiadaParit yang mengairi kawasan pertanian.
absorption trenchparit serapKejuruteraanTiadaParit untuk pelupusan air hujan, air basuhan atau kumbahan terolah.
trench silosilo paritVeterinarTiadaTempat berbentuk parit diperbuat daripada konkrit atau tanah digunakan untuk menyimpan rumput atau daun-daunan dalam pemprosesan silaj. Tempat sebegini mudah diisi dan dimampatkan dengan menggunakan traktor dan sangat sesuai dibina di kawasan tanah yang rata.
test pitparit ujianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiParit yang digali dengan tujuan untuk menentukan kedalaman tapak dan kandungan artifak sebelum ekskavasi menyeluruh dilakukan.
trench rollerpenggelek paritKejuruteraan AutomotifTiadaJentera untuk memadatkan permukaan parit bagi membentuk cerun yang diperlukan untuk pengaliran air.
12345678910...

Kembali ke atas