Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Dewan Negara; berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /parlimén/ majlis yg mempunyai kuasa tertinggi utk membuat undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parlimen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "parlimen" yang betul, ejaan huruf besar dan kecil "Parlimen" atau "parlimen" dalam struktur ayat. Contohnya: 1) Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen 2) Ahli anggota parlimen Bagaimana car penggunaannya yang betul dan bila harus digunakan ejaan huruf besar dan kecil bagi ejaan parlimen itu?Parlimen ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil apabila berada dalam ayat, kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa khas seperti Parlimen Malaysia dan anggota Parlimen Malaysia.Tatabahasa31.05.2012
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh.1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. Tatabahasa29.03.2012
Tuan, 1. Bolehkah digunakan perkataan "kesemua" dalam contoh ayat berikut dan komen tentang bandingan ayat-ayat berikut yang salah dari segi nahu. a). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. b). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua parlimen dalam negeri Kelantan c). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di semua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. Sekian ,terima kasih.Ayat (C) lebih tepat dan gramatisTatabahasa25.10.2007
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya nak tanya. Ayat yang mana betul: 1. Saya seorang ahli Parlimen. 2. Saya seorang Ahli Parlimen. Sekian, wassalam.Saya seorang ahli Parlimen.Tatabahasa02.02.2010
1. Kerajaan undang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi [menyampai] ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut adalah sempena kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen melibatkan ahli-ahli DUN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada pengalaman luas beliau serta kepakarannya [terutama mengenai] sistem kerajaan. 4. “[Atas sebab itu], kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. [Tambah Jabu,] ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atas di peringkat negeri. 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka [untuk kita] memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. [Dalam pada itu selain Jabu,] Jocelyne yang juga merupakan presiden emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri. 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus-kursus khusus bagi memperluaskan pendedahan mereka.1. Kerajaan mengundang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen.
2. Kunjungan tersebut bersempena  dengan kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen yang melibatkan ahli DUN dan pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong.
3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan pada pengalaman luas beliau serta kepakarannya mengenai sistem kerajaan.
4. "Atas alasan yang demikian, kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu.
5. Tambah Jabu, "ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atasan negeri".
6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
7. Dalam pada itu selain Jabu berkata, "Jocelyne yang juga merupakan Presiden Emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri".
8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus khusus bagi memperluas pendedahan mereka.
Tatabahasa06.11.2015
Salam. Mohon jelaskan latar belakang penggunaan ungkapan "dengan izin" di Parlimen apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris.Ungkapan dengan izin digunakan di Parlimen sebagai cara yang santun apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. Ungkapan ini merupakan padanan bagi ungkapan bahasa Inggeris with permission.   Makna06.01.2009
Pengisytiharan. Adalah dengan rasminya diisytihar kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 Tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 Dan layak dianugerahkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. * mohon semak kesalahan atau kesilapan ayat. terima kasih.Dengan rasminya diisytiharkan bahawa kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 dan layak dianugerahi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak.Tatabahasa09.10.2012
Sumber ayat adalah berlatarbelakangkan persingan Parlimen. Apakah bentuk ejaan 'kerajaan' dan pembangkang' perlu menggunakan huruf besar pangkal perkataan seperti contoh ayat yang berikut; "Pihak kerajaan menang dalam undi belah bahagi yang dicadangkan oleh pihak pembangkan" Sekian terima kasih.

Perkataan kerajaan dan pembangkang tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, jika perkataan tersebut digandingkan dengan nama tempat, negeri atau yang seumpamanya, maka perkataan tersebut menjadi kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, Kerajaan Malaysia.

Ejaan11.01.2022
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
Tuan, adakah ayat ini betul? (1) Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Ini ada hubungan dengan soal letak akhiran pementing cerita -kah. Sila meninjau WordPad saya untuk memahami kajian saya tentang letak akhiran pementing cerita -kah yang paling sesuai.Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Penggunaan partikel -kah dalam ayat ini betul, iaitu sebagai penegas frasa predikat yang mengalami proses pendepanan.Tatabahasa20.12.2016
1234567

Kembali ke atas