Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ru.pa.ru] | ٢ ڤارو

Definisi : organ pernafasan vertebrat yg berfungsi dlm pertukaran udara utk mem­bekalkan darah dgn oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dr darah; ~ besi sarung logam kedap udara yg dipasang di sekeliling badan, kecuali kepala, utk mem­bantu pernafasan seseorang secara mekanikal; penyakit ~ penyakit batuk kering, penyakit TB; radang ~ sj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ru.pa.ru] | ٢ ڤارو

Definisi : organ pernafasan dlm dada yg membersihkan darah dgn oksigen yg disedut dr udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paru-paru


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
paru-parulungsOrgan pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu.Menengah Rendah
pneumoniapneumoniaRadang paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada paru-paru berisi cecair.Menengah Atas
alveolusalveolusPundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahMenengah Rendah
arteri pulmonaripulmonary arteryArteri yang menghubungkan ventrikel kanan jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah ternyahoksigen ke paru-paru.Menengah Atas
mekanisme pernafasanbreathing mechanismMekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan.Menengah Rendah
asmaasthmaPenyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan.Menengah Rendah
pleurapleuraSelaput nipis yang melapisi paru-paru dan rongga toraks.Menengah Atas
alveolusalveolusPundi udara yang halus dalam paru-paru, terletak di hujung bronkiol, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.Menengah Atas
penarikan nafasinhalationProses pemasukan udara ke dalam paru-paru melalui mulut dan hidung.Menengah Rendah
udara hembusanexhaled airUdara yang dilepaskan keluar dari paru-paru semasa pernafasan.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas