Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ru.pa.ru] | ٢ ڤارو

Definisi : organ pernafasan vertebrat yg berfungsi dlm pertukaran udara utk mem­bekalkan darah dgn oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dr darah; ~ besi sarung logam kedap udara yg dipasang di sekeliling badan, kecuali kepala, utk mem­bantu pernafasan seseorang secara mekanikal; penyakit ~ penyakit batuk kering, penyakit TB; radang ~ sj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ru.pa.ru] | ٢ ڤارو

Definisi : organ pernafasan dlm dada yg membersihkan darah dgn oksigen yg disedut dr udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paru-paru


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARU-PARU

Paru-paru ialah organ pernafasan utama

mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia

dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas.

Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia

mengambil oksigen dari udara dan membebaskan

karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk

membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan

ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan

buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru

manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi

dengan cara yang sama.

UMUM 
PARU-PARU PERANG

Paru-paru perang ialah penyakit paru-paru

yang menjejaskan banyak pekerja di kilang kain

kapas. Penyakit ini juga dikenali sebagai bisinosis,

berpunca daripada menyedut habuk kapas yang

memasuki udara semasa pemprosesan.

UMUM 
PARU-PARU HITAM

Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang

menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh

pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali

sebagai pneumokoniosis pelombong arang,

disebabkan pelombong menyedut habuk arang

pada jangka masa yang lama.

UMUM 
PARU-PARU BESI

Paru-paru besi ialah sebuah alat yang

digunakan untuk merawat paralisis (kelumpuhan)

otot dan organ pernafasan. Paru-paru besi

kadangkala dikenali sebagai respirator atau

ventilator.

UMUM 
IKAN PARU-PARUIkan paru-paru ialah sejenis ikan yang boleh
bernafas di luar air.
UMUMUmum
PNEUMOTORAKS

Pneumotoraks ialah udara atau gas yang

terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding

dada. Satu membran yang tipis dan berterusan

dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar

paru-paru dan bahagian dalam dinding dada.

Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang

berhampiran rapat pada bahagian dalam dada.

Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan

kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang

udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas

memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian

membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti

udara dan gas yang banyak terdapat di antara

bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru-

paru di bahagian itu tidak akan dapat

mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran

bernafas dan paru-paru akan menguncup.

UMUM 
ASFIKSIA

Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi

apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen

yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul

jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah

membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di

seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen

untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima

oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka

sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati.

UMUM 
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM 
PERNAFASAN BANTUAN

Pernafasan bantuan ialah langkah yang

digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan

memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan

keluar dari paru-paru orang yang terhenti

bernafas.

UMUM 
SILIKOSIS

Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami

oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut

habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk

silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah

kepada penyakit silikosis – banyak berlaku

terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan

keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan,

pelombong, dan pekerja yang menghasilkan

barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas.

UMUM 
1234

Kembali ke atas