Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sai] | ڤاساي

Definisi : Mn jemu, bosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASAI

PASAI, kerajaan Islam yang agung pada abad ke-9 M.  Kerajaan Pasai juga dikenal sebagai kerajaan Samudera-Pasai.  Pasai terIetak di kawasan pantai utara Aceh, Sumatera, Indonesia. Kedudukan Pasai agak istimewa kerana terletak di kawasan lalu lintas para pedagang yang datang dari Timur dan Barat.  Para pedagang yang terlibat dalam kegiatan perdagangan di Pasai termasuklah dari Asia Barat, Parsi, India, China dan Kepulauan Melayu.  Antara pedagang ini terutama yang datang dari Asia Barat dan India ada pula golongan mubaligh yang bertujuan menyebarkan agama Islam.  Menerusi golongan mubaligh ini Islam tersebar di Pasai sejak abad ke-9 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HIKAYAT RAJA PASAI

Hikayat Raja Pasai ialah karya sastera bercorak sejarah.  Hikayat ini merupakan satu daripada karya bercorak sejarah yang tertua di alam Melayu.

SASTERAKarya
CIREBON

CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 
MATA WANG MELAYU

MATA WANG MELAYU, mata wang yang pernah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15.  Mata wang ini mula diperkenalkan semenjak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.  Antara bentuk mata wang yang digunakan pada masa itu termasuklah debu emas, batang perak, bongkah timah dan kulit siput gerus.  Para pedagang asing juga memperkenalkan mata wang seperti duit tembaga China, duit Pasai, emas dinar, duit timah dan duit tempatan.  Walau bagaimanapun, mata wang Pasai menjadi asas pembentukan mata wang di Melaka.  Dinar emas Pasai terus digunakan hingga tahun 1514.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MERAH SILU

MERAH SILU, watak dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu.  Bagaimanapun watak Merah Silu dalam kedua-dua karya sejarah ini mempunyai beberapa persamaan dan perbezaannya.

SASTERAPenerbitan
TUN JANA KHATIBTUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu.  Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib.  Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah.  Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEJARAH MELAYU

SEJARAH MELAYU, karya persejarahan Melayu klasik.  Sejarah Melayu adalah antara teks Melayu yang tertua dan karya terpenting antara beberapa teks klasik seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Hikayat Acheh, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani dan Tuhfat al-Nafis.

SASTERAKarya
12

Kembali ke atas