Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa/] | ڤاسق

Definisi : 1. sj baji (paku) drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu; 2. sj skru drpd logam yg mempunyai kepala (nat) utk mencantum­kan alat-alat mesin; ~ aman pasak pd senapang utk menjaga supaya jangan meletus; ~ kampung a) penduduk kampung yg tinggal tetap (tidak pernah ke mana-mana); b) orang kampung (dusun, hulu); ~ kuku garis hitam di tengah kuku kuda; ~ kunci ark orang yg berkuasa; ~ negeri orang yg paling dihormati (tempat berunding dll) dlm sesebuah negeri; besar ~ drpd tiang prb besar belanja drpd pendapatan; berpasak dilekatkan dgn pasak: peti itu ~ mati pd lantai dlm bilik; memasak mengenakan (memasang) pasak, memaku dgn pasak; memasakkan menggunakan (memaku) se­suatu sbg pasak, memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau memperingat­kan benar-benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa/] | ڤاسق

Definisi : ; ~ beras-beras = ~ linga = ~ merah sj tumbuhan (pokok), melupas, Aglaia glabriflora; ~ perahu sj tumbuhan (pokok), balau, keranji, merlimau, temilang, Aglaia odoratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa/] | ڤاسق

Definisi : 1 baji yg dibuat drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu. 2 alat spt paku yg dibuat drpd logam dan digunakan utk menyambungkan logam dll. ~ kampung orang yg tinggal tetap di sesebuah kampung. ~ negeri orang-orang yg terkemuka dlm sesebuah negeri (tempat orang meminta nasihat dll). memasak memasang pasak. memasakkan memasukkan pasak; menggunakan sesuatu sbg pasak: Kayu kecil itu dipasakkan pd sela-sela dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasak (kata nama)
Bersinonim dengan baji, sendal, tanggel, ganjal, sumbat, pantek;,
Kata Terbitan : memasak,

Puisi
 

Dari Pasak ke Pulau Pinang,
     Singgah sekejap di Teluk Lipat;
Jika teragak hendak meminang,
     Usah diharap hendak dapat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014

Kembali ke atas