Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa/] | ڤاسق

Definisi : 1. sj baji (paku) drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu; 2. sj skru drpd logam yg mempunyai kepala (nat) utk mencantum­kan alat-alat mesin; ~ aman pasak pd senapang utk menjaga supaya jangan meletus; ~ kampung a) penduduk kampung yg tinggal tetap (tidak pernah ke mana-mana); b) orang kampung (dusun, hulu); ~ kuku garis hitam di tengah kuku kuda; ~ kunci ark orang yg berkuasa; ~ negeri orang yg paling dihormati (tempat berunding dll) dlm sesebuah negeri; besar ~ drpd tiang prb besar belanja drpd pendapatan; berpasak dilekatkan dgn pasak: peti itu ~ mati pd lantai dlm bilik; memasak mengenakan (memasang) pasak, memaku dgn pasak; memasakkan menggunakan (memaku) se­suatu sbg pasak, memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau memperingat­kan benar-benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa/] | ڤاسق

Definisi : ; ~ beras-beras = ~ linga = ~ merah sj tumbuhan (pokok), melupas, Aglaia glabriflora; ~ perahu sj tumbuhan (pokok), balau, keranji, merlimau, temilang, Aglaia odoratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa/] | ڤاسق

Definisi : 1 baji yg dibuat drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu. 2 alat spt paku yg dibuat drpd logam dan digunakan utk menyambungkan logam dll. ~ kampung orang yg tinggal tetap di sesebuah kampung. ~ negeri orang-orang yg terkemuka dlm sesebuah negeri (tempat orang meminta nasihat dll). memasak memasang pasak. memasakkan memasukkan pasak; menggunakan sesuatu sbg pasak: Kayu kecil itu dipasakkan pd sela-sela dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasak (kata nama)
Bersinonim dengan baji, sendal, tanggel, ganjal, sumbat, pantek;,
Kata Terbitan : memasak,

Puisi
 

Dari Pasak ke Pulau Pinang,
     Singgah sekejap di Teluk Lipat;
Jika teragak hendak meminang,
     Usah diharap hendak dapat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drive pointtakat asakHidrogeologiTiadaTahap masukkan pasak. Pasak ini merupakan sebatang paip berpenapis yang diperkuatkan untuk menahan asakan dan dilengkapi dengan hujung waja runcing bergaris pusat besar sedikit daripada paip asak untuk memudahkan pengasakan. Sin.: takat perigi
pasakpasakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aglaia spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah memberas, di Sabah ialah kalambiao, kuping-kuping, langsat-langsat, dan lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utamanya termasuk Aglaia argentea, A. cordata, dan A. griffithii. Gubal kayu pasak berwarna coklat kekuningan atau coklat merah jambu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya halus dan tidak sekata dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini agak tahan dan boleh digunakan di persekitaran laut. Kayu pasak boleh digunakan untuk lantai dinding, perabot, dan kayu alas angkut.
dowel screwpasak ulirKesenianTiadaPasak yang mempunyai ulir pada kedua-dua belah hujungnya.
shelf studpasak para-paraKesenianTiadaPasak yang dipasnag pada dinding kabinet untuk menyokong para.
hyphal pegpasak hifaBiologiPatologilih. pasak jangkitan
penetration pegpasak penempbusanBiologiPatologiih. pasak jangkitan.
dowel jointtanggam pasakKesenianTiadaTanggam yang menggunakan pasak.
sawtooth rete pegpasak rete bergerigiPerubatanTiadaGambaran histologi penyakit liken planus yang pasak rete lebih panjang dan nyata.
keyway cutterpemotong alur pasakKejuruteraanKejuruteraan MekanikMesin yang digunakan untuk memotong alur pasak secara menegak. Saiz mata alat mestilah sama dengan lebar alur yang hendak dibentuk.
pegboard testujian papan pasakPendidikanTiadaUjian kepantasan tangan dan koordinasi yang melibatkan pemasangan pasak ke dalam lubang papan untuk memilih kakitangan atau sebagai ujian kecenderungan pekerjaan.
1234567

Kembali ke atas