night market | pasar malam | Geografi | Tiada | Tiada |
farmer�s market caravan | karavan tani | Pertanian | Agroteknologi | Satu konsep pemasaran produk pertanian yang menggunakan karavan yang bergerak ke beberapa tempat untuk menjual terus kepada pembeli tanpa memerlukan khidmat orang tengah. Antara tempat yang dikunjungi karavan tani ialah tapak pasar tani, pasar malam, tempat letak kereta, kawasan perumahan dan pejabat kerajaan. Konsep ini juga menekankan produk yang dipersembahkan dengan baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetetif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh FAMA sebagai salah satu kaedah pemasaran yang menguntungkan petani. |
city government | pentadbiran bandar/pentadbiran bandaraya | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pusat pemerintahan bagi sesebuah bandar yang bertanggungjawab untuk merancang, membangun, menyelia dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di kawasannya. Pentadbiran bandar mempunyai autonomi untuk menggubal undang-undang, menjana sumber pendapatan dan melaksanakan fungsi-fungsi lain yang tersendiri. Antara tanggungjawab asas pentadbiran bandar ialah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan awam seperti pondok telefon, tempat letak kenderaan, tandas awam, taman rekreasi, pasar malam dan kemudahan sanitari. Contoh pentadbiran bandar ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Seremban. |