Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lebuh-lebuh raya? lebuh raya-lebuh raya? pasar-pasar raya? pasar raya-pasar raya? yang mana betul? terima kasih.Penggunaan yang betul ialah lebuh-lebuh raya dan pasar-pasar raya. Walau bagaimanapun perkataan ini tidak digandakan kerana untuk memastikan sama ada perkataan tersebut dalam bentul tunggal atau jamak boleh dilihat kepada keseluruhan ayat. Ayat "Perjalanan ke rumahnya melalui sebatang lebuh raya ..." sudah pasti dalam lebuh raya tersebut dalam bentuk tunggal dan ayat "Pasar raya di seluruh negara akan menganjurkan ..." sudah pasti banyak pasar raya yang terlibat.Ejaan20.06.2011
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi KarimBagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos.Tatabahasa01.04.2008
Sekiranya perkataan pasar raya Giant digunakan di tengah ayat, perkataan pasar raya, huruf " p dan r " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasih.Pasar raya Giant ditulis dengan huruf kecil apabila di tengah ayat kerana merujuk kata nama am, sekiranya perkataan tersebut kata nama khas seperti Pasar Raya Giant Batu Caves, perlu ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa07.03.2016
Salam sejahtera, Tuan; Manakah yang betul? Pasar raya Tesco atau Pasar Raya Tesco? Terima kasih.Pasar Raya TescoTatabahasa08.02.2013
Hello Khidmat Nasihat DBP, Ayat yang mana satu menggunakan kata 'pasar raya' dengan tepat? 1. Saya menemani ibu pergi ke PASAR RAYA petang kelmarin. 2. Saya menemani ibu pergi ke PASARAYA Parkson petang kelmarin. Saya juga ingin mengetahui apakah kata asal (bukan kata pinjaman) bahasa Melayu Terima kasih1. Saya menemani ibu pergi ke pasar raya petang kelmarin. Tidak ada maklumat sahih tentang perkataan asal bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku/makalah yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu.Tatabahasa08.03.2012
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul?Ayat 1.Tatabahasa20.04.2013
Salam Mohon tanya yang mana satukah ayat yang betul (sama ada ayat 1 atau ayat 2). Diharap tuan dapat memberi alasan tentangnya. 1) Pasar raya yang baru dibuka itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. 2) Pasar raya yang baru dibuka itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. Drp: Izani b. Hj. Daud Kota Bharu.Kedua-dua ayat itu betu, ayat pertama menekankan bahawa pasar raya itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia, manakala ayat kedua memaklumkan bahawa pasar raya itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja.Tatabahasa21.05.2012
Tuan, tempat yang digunakan oleh pasar raya untuk meletakkan pakaian 'offer' dipanggil apa?Tiada istilah yang tepat untuk menerangkan tempat yang digunakan oleh pasar raya untuk barangan promosi mereka. Cadangan istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan lokasi berkenaan ialah sudut promosi.Istilah27.04.2011
Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ??Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi."Tatabahasa16.07.2013
Yang mana betul? A) Pasaraya Jusco B) Pasar Raya Jusco Yang mana betul? A) Leburaya Persekutuan B) Lebuh Raya Persekutuan Terima kasih

Saudara,

Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

i. Pasar Raya Jusco ii. Lebuh Raya Persekutuan

Kedua-dua perkataan pasar raya dan lebuh raya ialah kata majmuk dan dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan08.02.2010
12345678

Kembali ke atas