Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pasaran atau tilam?Zulkifli SallehDewan Ekonomi1 March 2009
Pasaran saham menurut IslamMohamad Sofee RazakDewan Ekonomi1 March 2007
Pasaran merudum menilai strategi pelaburan yang wajarMansor Md. IsaDewan Ekonomi1 January 1998
Pasaran hadapanFatimah Mohd ArshadDewan Masyarakat1 May 1995
Pasaran buruh semakin kompetitif?Abdul Razak OmarDewan Ekonomi1 April 1998
Pasaran buruh semakin ketatNawi AbdullahDewan Masyarakat1 October 1994
Pasaran pendidikan bergolakShamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 June 1994
Pasaran saham dunia tergugat keyakinan pelabur?Mohd. Salleh MajidDewan Masyarakat1 October 1991
Pasaran tunggal Eropah: ke arah sebuah kerajaan Eropah?Chamil WariyaDewan Siswa1 August 1989
Pasaran getah MalaysiaSuzana KhamisDewan Ekonomi1 March 1995
1234567

Kembali ke atas