Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Glosari pasaran modal, glosari pasaran modal Islam Tiada20059836281495
Glosari pasaran modal, glosari pasaran modal IslamDewan Bahasa dan PustakaTiada20059836281495
Pasaran sahamPelanduk Publications (M) Sdn BhdTiada1986 
Pasaran wangDewan Bahasa dan PustakaTiada1991983-62-1950-1
Pasaran WangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-1950-1
Pasaran dan Institusi Kewangan di Malaysia: Teori dan AmalanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3662-7
Pasaran sahamUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada 967-61-0562-5
Pasaran dan institusi kewangan di Malaysia : teori dan amalanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3662-7
Laporan Pasaran Harta 1989Kementerian Kewangan MalaysiaTiada1990 
Potensi pasaran bagi tanam-tanaman terpilih di bawah rancangan buku hijau (peringkat 11)-1978 Tiada  
12345

Kembali ke atas