Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic debt securities marketpasaran sekuriti hutang IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan sekuriti hutang Islam. Pasaran ini boleh berbentuk pasaran primer, pasaran sekunder, pasaran wang atau pasaran modal. Urus niaga ini didenominasikan dalam mata wang domestik atau dalam mata wang lain. Akad yang terlibat dalam urus niaga ini adalah seperti jual beli hutang atau bai‘ dain. Peserta dalam pasaran sekuriti hutang Islam terdiri daripada institusi kewangan, syarikat dan individu. Pasaran ini memberi kemudahan kepada peserta untuk mendapatkan modal segera, mudah tunai dan pemodalan semula.
Islamic equity securities marketpasaran sekuriti ekuiti IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan sekuriti ekuiti Islam. Pasaran ini boleh berbentuk pasaran primer, pasaran sekunder dan pasaran modal. Urus niaga ini didenominasikan dalam mata wang domestik sahaja. Akad yang terlibat dalam urus niaga ini adalah seperti mudarabah, musyarakah atau musyarakah mutanaqisah. Peserta dalam pasaran sekuriti ekuiti Islam terdiri daripada institusi kewangan, syarikat dan individu. Pasaran ini memberi kemudahan kepada pengeluar untuk mendapatkan modal, dan kepada peserta untuk melabur dan mendapatkan kemudahan mudah tunai.
market by market locationpasaran melalui lokasi pasaranKomunikasiKorporatKelompok sasaran pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran. Penentuan sasaran pasaran perlu dilakukan sebelum proses pemasaran dibuat. Faktor yang membantu pemilihan lokasi pasaran yang tepat ialah maklumat yang disampaikan oleh penganalisis pasaran. Penganalisis pasaran akan menjelaskan sasaran pasaran berdasarkan aspek geografi, seperti kedudukan lokasi fizikal dan sempadan perkhidmatan sosial serta maklumat lain yang menjelaskan persekitaran pelanggan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contohnya, maklumat demografi kawasan seperti pendapatan, pekerjaan, pola aktiviti sosial, dan unsur lain yang berkaitan aspek ekonomi dan budaya pelanggan di kawasan sasaran. Selain itu, maklumat juga perlu menjelaskan impak lokasi pasaran seperti kadar sewa, pola persaingan, pencapaian, dan persepsi pasaran. Tujuannya adalah untuk memastikan pemasaran barangan atau perkhidmatan mencapai kejayaan optimum.
Islamic financial marketpasaran kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang berurus niaga dengan instrumen kewangan Islam, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Pasaran ini boleh dibahagikan kepada pasaran modal Islam, pasaran wang secara Islam dan pasaran pertukaran asing. Kewujudan pasaran ini memerlukan infrastruktur seperti undang-undang, garis panduan dan tempat urus niaga. Pasaran ini menentukan jumlah tabungan dan menentukan kadar pulangan serta harga instrumen kewangan.
market concentrationtumpu pasaran/pemusatan pasaranEkonomiTiadaMerujuk kepada sejauh mana pengeluaran dalam sesuatu pasaran, sama ada dari segi pembeli atau penjual, dikawal oleh sebilangan firma tertentu. Keadaan ini berkait dengan pengaruh bilangan dan saiz firma dalam pasaran.
off-market tradingurus niaga luar pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaUrus niaga dilaksanakan bukan dalam pasaran tetapi di luar pasaran atau di pasaran atas kaunter.
off-board tradingurus niaga luar pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaUrus niaga dilaksanakan bukan dalam pasaran tetapi di luar pasaran atau di pasaran atas kaunter.
captive marketpasaran terbolotEkonomiEkonomi IslamPasaran yang menyebabkan pelanggan tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan. Keadaan ini berlaku kerana faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti penawaran yang terhad atau komitmen, ideologi dan agama pelanggan. Contohnya, pasaran kewangan Islam dan pasaran barang halal merupakan pasaran terbolot bagi pelanggan Islam yang komited dengan syariah. Walaupun wujud keadaan yang kurang kompetitif dalam pasaran ini, pasaran kewangan Islam masih boleh bertahan kerana adanya sokongan berterusan daripada pelanggan yang komited.
market researchpenyelidikan pasaranPengurusanPerancanganSuatu aktiviti dalam bidang pemasaran yang melibatkan kajian tentang gelagat pasaran dari segi potensi barangan baharu dan kecenderungan pelanggan. Tujuan penyelidikan pasaran dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan memahami keadaan pasaran, memantau cara pasaran berubah serta menyediakan maklumat untuk membuat keputusan perniagaan. Contohnya, penyelidikan pasaran yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kereta bagi menjangka penerimaan pasaran, sebelum sesuatu model baharu dikeluarkan.
Euromarketpasaran Euro/pasaran EropahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas