Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ca.ko.lo.nial] | ڤسچاکولونيال

Definisi : selepas penjajahan kolonial (bkn kewujudan atau kejadian sesuatu): era ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pascakolonial


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postcolonial criticismkritikan pascakolonialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme.
poststructuralist criticismkritikan pascastrukturalisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural.
hybridizationpenghibridanKesusasteraanTiadaPerkataan yang mempunyai gabungan ciri-cirki pinjaman daripada bahasa atau pelbagai bahasa lain dari sudut leksikologi. Dalam kritikan sastera, penghibridan merujuk kepada gabungan ragam gaya bahasa (heteroglossia) dalam suatu pengucapan atau ayat oleh dua �suara� atau watak yang berlainan. Konsep ini diutarakan oleh M.M. Bakhtin. Dalam teori pascakolonial, penghibridan merujuk kepada kacukan budaya atau tradisi hasil daripada kewujudan masyarakat majmuk akibat proses kolonialisme. Dalam keadaan kacukan budaya ini, kacukan tradisi dan teknik penulisan penjajah dan peribumi dan budaya lain akan menghasilkan sesuatu yang baharu, segar dan dinamik. Walau bagaimanapun, kacukan ini dihantui pelbagai masalah berkaitan penerimaan, kebergantungan kepada tradisi yang lebih besar dan sebagainya. Penteori utama pascakolonial termasuklah Homi Bhabha, Wilson Harris dan Edward Said.
noble savagenoble savageKesusasteraanTiadaKonsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi.
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.

Kembali ke atas