Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir (kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang) yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (ber­butir-butir) spt rupa pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut; bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), ke­runtum, pelawan todak, Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1 butir-butir batu yg halus spt yg terdapat di tepi pantai atau di dasar sungai. 2 kawasan yg dipenuhi pasir 1: Mereka bermain di ~. padang ~. 3 spt pasir 1 rupanya: gula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasir

Puisi
 

Pakai kasut turun ke pasir,
     Datang ke pasir lalu berjalan;
Hati kusut tidak terucir,
     Ucirlah ucir darimu tuan.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah antara berikut perkataan yang tepat: Perlombongan Pasir / Pelombongan Pasir

Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks dan konsep ayat yang bersesuaian.

Tatabahasa01.11.2023
a)Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. (a) atau (b) yang betul?a) Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama memberitahu daripada apa istana itu dibina dan ayat kedua memberitahu jenis istana yang dibina.Tatabahasa17.01.2012
Sila rujuk ayat berikut: 1. Aswadi tinggal di Bandar Pasir Mas. 2. Aswadi tinggal di bandar Pasir Mas. Soalan: Yang mana satu yang betul dari segi penggunaan huruf besar / kecil pada kosakata "bandar"?Ayat 2 yang betul, sebab bandar Pasir Mas bukan nama tempat tetapi Pasir Mas sahaja nama tempat. Oleh itu huruf 'b' bagi 'bandar' tidak perlu menggunakan huruf besar.Lain-lain28.09.2006
adakah ayat ini betul? Saya membina istana pasir di persisiran pantai.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna persisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala makna pantai ialah tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar). Oleh yang demikian ayat yang lebih tepat ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. 

Tatabahasa10.08.2009
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan.Istilah11.02.2014
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih.Jawapan yang betul:
a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas
b. Taman Industri Gambang
c.  Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Istilah11.02.2014
Saya membina istana pasir di persisiran pantai.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna pesisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala perkataan pantai bermaksud  tebing atau tepi laut. Oleh yang demikian,  ayat yang lebih tepat  ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. Tatabahasa10.08.2009
Tuan, apakah maksudnya seperti hujan jatuh ke pasir,Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, hujan jatuh ke pasir bermaksud berbuat baik bukan pada tempatnya.Tatabahasa21.08.2013
Bolehkah kawasan sejuk dan dingin dianggap gurun? Ini demikian kerana, saya lihat di wikipedia menyatakan bahawa antartika merupakan gurun terbesar di dunia sedangkan apabila saya lihat di kamus gurun merujuk kepada kawasan yang kering dan panas.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, gurun ialah kawasan yang luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Puan digalakkan menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan penggunaan perkataan yang betul.Makna16.09.2013
Salam. Adakah menjadi satu kesalahan jika meletakkan nama pekan dihadapan nama ibu negeri untuk tujuan menekankan lokasi ? Sebagai contoh Ipoh Pasir Putih Nasi Ayam?Pembentukan nama yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Nasi Ayam Pasir Putih Ipoh".Tatabahasa24.08.2015
12345

Kembali ke atas