Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir (kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang) yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (ber­butir-butir) spt rupa pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut; bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), ke­runtum, pelawan todak, Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1 butir-butir batu yg halus spt yg terdapat di tepi pantai atau di dasar sungai. 2 kawasan yg dipenuhi pasir 1: Mereka bermain di ~. padang ~. 3 spt pasir 1 rupanya: gula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasir

Puisi
 

Pakai kasut turun ke pasir,
     Datang ke pasir lalu berjalan;
Hati kusut tidak terucir,
     Ucirlah ucir darimu tuan.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pasir-pasir; ikan ~ sj ikan laut, Scolopsis spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikan pasir-pasirsj ikan laut, Scolopsis spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
melela/meléla/; besi ~ besi yg tidak berpamur. pasir ~ pasir yg berwarna kebiru-biruan dan di dlmnya terdapat zat besi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melela I(meléla); besi ~ besi yg tidak ber­pamur; pasir ~ pasir yg mengandungi zat besi (warnanya kebiru-biruan).Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu pasirpasir yg kasar-kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
bunga pasirpasir halus-halus yg terapung di permukaan air;Kamus Dewan Edisi Keempat
gurunkawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir); padang pasir: ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi sebarang tumbuh-tumbuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gurunkawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gurunkawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir); padang pasir: ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi sebarang tumbuh-tumbuhanKamus Pelajar
pasir melelapasir yg berwarna kebiru-biruan dan di dlmnya terdapat zat besi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas